Cloudaron Group Berhad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Cloudaron Group Berhad (CLOUD: 03001) adalah syarikat teknologi maklumat yang berpangkalan di Singapore dan syarikat pertama yang tersenarai di LEAP Market di Bursa Malaysia pada 3 Oktober 2017 [1][2]. Pendapatan utama Cloudaron berasal daripada perisian berasaskan SaaS. Dari segi hasil pendapatan, Singapore menyumbang hasil yang tertinggi, diikuti oleh Indonesia dan Malaysia. [3]. Cloudaron merancang untuk mempunyai lebih banyak penggabungan dan pengambilalihan (M & As) untuk menyokong pertumbuhan organik [4].

Pada Awal tahun 2018, Cloudaron memperoleh baki 90% saham daripada Realtors8 Pte Ltd dengan S$4.23 juta dari 8 Common Ltd yang disenaraikan di (ASX), Australia Securities Exchange, Australia. Realtor8 Pte Ltd merupakan syarikat yang mempunyai Ubertor, sebuah platform berasaskan SaaS (Perisian Sebagai Perkhidmatan) yang membolehkan agensi hartanah untuk membina laman web sebagai kedai digital secare professional and mesra pengguna. Dengan adanya Ubertor, meraka boleh menyenaraikan hartanah mereka untuk disewa dan dijual dengan mudah kerana telah diintegrasi dengan Internet Data Exchange (IDX) & multiple listing services (MLS) [5][6].. Cloudaron juga memperoleh 100% saham DACS Network Solutions Sdn Bhd, sebuah syarikat yang menjual, menyediakan dan mengurus perkhidmatan sambungan rangkaian yang menyasarkan syarikat multinasional dan syarikat-syarikat yang besar. [7][8]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Solid Leap for Cloudaron on market debut". The Star.
  2. ^ "Strong opening by Singapore's Cloudaron on Bursa's LEAP debut". New Straits Times.
  3. ^ "Cloudaron first to LEAP". Focus Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-01-13. Dicapai pada 2018-11-21.
  4. ^ "LEAP-listed Cloudaron eyes M&As to support organic growth". The Edge Markets. 2017-10-03. Dicapai pada 2018-11-21.
  5. ^ "Malaysia's Cloudaron to acquire realtors8 for US$3.2 million - Reuters". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-01-13. Dicapai pada 2018-11-21.
  6. ^ "Cloudaron, 8common in RM12.54mil stake deal - Business News | The Star Online". www.thestar.com.my. Dicapai pada 2018-11-21.
  7. ^ "CLOUD - OTHERS". KLSE Screener. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-01-13. Dicapai pada 2018-11-21.
  8. ^ "Cloudaron eyeing one more acquisition this year". The Edge Markets. 2018-07-10. Dicapai pada 2018-11-21.