Club Deportivo Palestino

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Club Deportivo Palestino ialah sebuah kelab bola sepak profesional yang berpangkalan di bandar Santiago, Chile. Kelab ini diasaskan pada tahun 1920 sesuai dengan negara asal pendirinya iakni Palestin mengikut penyebutan tempatan. Kelab ini bermain di Divisyen Primera Chile. Mereka bermain di tempat sendiri iakni stadium de La Cisterna, yang mempunyai kapasiti kira-kira 8,000 tempat duduk.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kelab ini ditubuhkan pada 20 Ogos 1920, saat hendak menyertai perlawanan kolonial di Osorno. Kelab ini ditubuhkan oleh sekumpulan kumpulan-kumpulan derma orang Palestin yang merujuk daripada asal leluhur mereka.

Menurut ahli sejarah Amerika Brenda Elsey, "Pemimpin masyarakat pendatang Arab, berharap mencari satu niche dalam budaya popular. Organisasi-organisasi mereka memutuskan bagi mengambil bahagian dalam kejohanan bola sepak Chile pada tahun 1940-an".[1]

Permulaan perlawanan bola sepak profesional[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1952, Persekutuan Bola Sepak Chile menubuhkan liga profesional pertama mereka. Deportivo Palestino layak mara ke Primera B, yang mereka menangi dan mencapai kelayakan bermain ke Divisyen Primera Chile.

Gelar kejohanan pertama[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1955, kelab itu berjaya memenangi kejohanan kebangsaan pertama mereka di bawah jurulatih kapten Argentina, Roberto Coll. Pada era itu, kelab ini dikenali dengan nama cembung millonario (Jutawan) sebab kebolehan mereka menarik pemain bola sepak kelas bintang.

1978−sehingga kini[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1978, kelab itu memenangi gelaran liga kebangsaan yang ke-2, diketuai oleh bekas kapten Chile Elías Figueroa. Dalam kempen perlawanan bola sepak ini mereka mengasas rekod baharu dalam kejohanan kebangsaan, bagi jumlah perlawanan tanpa kalah dan tidak lama selepas liga tamat memenangi Copa Chile. Pada musim itu Deportivo Palestine berjaya merekodkan double.

Pada tahun 2004, kelab itu menjadi syarikat tersenarai, tetapi perubahan status tidak membawa peningkatan kualiti yang diharapkan. Pada 2006 mereka menamatkan musim di kedudukan ke-18 daripada 20 kelab, memaksa mereka berdepan play-off melawan Fernandez Vial agar tetap mampu bermain di liga paling mahsyur di negara itu. Kelab itupun berjaya memenangkan keduduk mereka bermain di Divisyen Primera Chile.

Kelab itu mampu mara ke pentas akhir kejohanan Clausura 2008, tetapi mereka tewas melawan saingan dalam perlawan tersebut iaitu Colo-Colo. Meski begitu, berikutan kejayaan ini. Kelab itu berhasrat agar kelab mendapat keuntungan besar dari pertukaran saham Chile dan Palestin.[2]

Pada Januari 2014, Palestino didenda kira-kira setakat $1,300 kerana menggunakan jersi pasukan baharu dalam warna tradisional kelab, merah, hijau dan hitam, juga dengan angka satu dalam nombor skuad di bahagian belakang berbentuk peta Palestin sebelum adanya negara haram Israel pada tahun 1948. Kumpulan Yahudi Chile itu merajuk hanya kerana hal itu dan mengadu kepada Persatuan bola sepak kebangsaan mereka diwakili serta oleh Patrick Kiblisky, sederum pemilik kelab Divisyen Primera Chile, Ñublense. Persatuan itu kemudian menghalang kelab daripada mengguna peta di belakang baju dan mengugut ke atas kelab atas alasan Persatuan menentang "sebarang mana-mana kelab bertindak yang menampakkan bentuk diskriminasi politik, agama, seksual, etnik, sosial atau kaum". Di laman Facebooknya, kelab itu membalas ugutan dari persatuan itu dengan memberi pernyataan "Bagi kami, Palestin yang merdeka ini ialah peta Palestin yang tergambar dalam kit kami, tidak kurang hanya itu sahaja." tegas isi isytihar itu.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Elsey, Brenda (1 July 2011). Citizens and Sportsmen: Fútbol and Politics in Twentieth-Century Chile (dalam bahasa Inggeris). University of Texas Press. m/s. 158. ISBN 978-0-292-72630-7.
  2. ^ Cerda, Claudio (17 August 2009). "Chile's Palestino tapping roots to go public". Reuters. Dicapai pada 2009-08-17.
  3. ^ "Chile bans Palestino football club 'anti-Israel' shirt". BBC News. 21 January 2014.