CozyCot

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
CozyCot Pte. Ltd.
Jenis Syarikat Milik Persendirian
Ditubuhkan 2001 (laman web),
2002 (syarikat)
Ibu pejabat Gemmill Lane (off Club Street), Singapura[1]
Tempat dibekalkan Asia Timur dan Asia Tenggara (terutamanya Singapura)
Perancang utama Nicole Yee
Keluaran CozyCot (laman web dan suratkhabar), pelbagai acara
Pendapatan operasi melebihi $1 juta[2]
Pekerja 18[3]
Laman sesawang http://www.cozycot.com/


CozyCot merupakan laman web jaringan sosial untuk kaum wanita dari Asia Timur dan Asia Tenggara (terutamanya Singapura). Ia diasaskan dalam tahun 2001 dan telah melancarkan sebuah suratkhabar dalam tahun 2010.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

CozyCot bermula di November 2001 sebagai sebuah portal Internet yang bertapak di Singapura, di mana ahli-ahlinya boleh mengemukakan ulasan-ulasan dan berkongsi petunjuk-petunjuk membeli-belah dan fesyen dan juga pendapat.[4] Dengan komuniti online yang sedang berkembang pesat, pengasasnya Nicole Yee mula menganjurkan acara-acara bersemuka supaya ahli-ahlinya boleh berkumpul bersama.[3][5] Perkembangan komuniti ini mula menarik perhatian beberapa jenama minyak wangi dan mereka telah menawar untuk menyokong Nicole dengan menyediakan tempat untuk acara-acara tersebut. Ini diikuti dengan beberapa projek komersial yang lain (woksyop, pelancaran projek, pembelian-belah online dan sebagainya), yang (berserta dengan kedudukan laman webnya berada di kalangan 100,000 teratas dalam pemeringkatan Alexa) menimbulkan pertikaian untuk menjadikannya sebagai sebuah usahaniaga. Dalam tahun 2002, Nicole Yee telah mengasaskan CozyCot Pte. Ltd., sebuah syarikat pengurusan untuk portal tersebut dan dalam tahun 2008, beliau telah melabur sebanyak $100,000 ke dalam laman web tersebut.[6] Pendapatannya adalah lebih daripada US$1 juta dalam tahun 2009, dengan peningkatan sebanyak 115%.[3]

Komuniti tersebut terus mengembang kerana kecenderungan pembacaan majalah wanita Singapura terus beralih ke arah isi kandungan online.[7] Portal tersebut terus mengembang menjadi komuniti wanita online yang paling besar di Singapura untuk kecantikan, fesyen dan gaya hidup, dengan lebih daripada 500,000 pelawat unik setiap bulan.[8] Ia juga mengembang secara geografi ke seluruh Asia Timur dan di kalangan wanita-wanita Asia dari Amerika Syarikat, Australia dan New Zealand, menjadikan CozyCot satu di antara laman-laman web tempatan yang “meletakkan Singapura di dalam peta dunia”.[4] Sejak tahun 2006, ia telah dinamakan sebagai Laman Wanita Terutama di Anugerah Prestasi Online Singapura Hitwise ("Hitwise Singapore Online Performance Award").[3]

Pada Oktober 2009, MindShare telah mengumumkan pelancaran sebuah rancangan realiti online di CozyCot. Rancangan tersebut bertajuk House Husbands dan ia bertumpu pada sekumpulan lelaki yang sedang berusaha membuktikan bahawa kemahiran mereka adalah setanding tidak kira di bilik mesyuarat ataupun di bilik penjagaan bayi di rumah. Barisan pelakonnya akan bersaing dalam pelbagai tugas penjagaan anak untuk memenangi hadiah-hadiah.[9]

Syarikat tersebut juga telah mengembangkan kehadirannya di luar internet dengan membuka sebuah kedai (Ninki-Ô)[10] bersaiz 1000 kaki persegi di Orchard Central[3] dan melancarkan suratkhabar CozyCot.[11] Pada Mei 2010, CozyCot telah melantik Nielsen untuk melakukan analisa web dan penyukatan jumlah penonton[12][13][14][15] (laman web tersebut telah diaudit oleh Nielsen sejak tahun 2005).[16]

Komuniti[sunting | sunting sumber]

Pengguna-pengguna CozyCot digelar “Cotters”.[17] Mereka berinteraksi di dalam forum dan juga dengan mengulas produk-produk kecantikan, termasuklah di dalam acara-acara bersemuka yang dianjurkan oleh kakitangannya. Sistem mengumpul mata (berdasarkan aktiviti di tempat yang tertentu) diadakan untuk memberi ganjaran kepada ahli-ahli yang memberi sokongan.

Forum[sunting | sunting sumber]

Forum permulaan dalam tahun-tahun yang awal kebanyakannya didedikasikan untuk berkongsi petunjuk dan pendapat membeli-belah dan fesyen. Ia kemudiannya berkembang untuk merangkumi perbincangan mengenai kehidupan di rumah, keibuan, kerjaya, kewangan, teknologi dan perkahwinan.[3] Tema-tema ini digelar “channels” (28 pada masa April 2009).[6] Forum tersebut telah diperakui terulung dengan kepelbagaian topik yang (misalnya tentang spa dan minyak wangi) ketara tidak dijumpai di dalam forum-forum yang lain.[17] Bahasa utama yang digunakan ialah Bahasa Inggeris, tetapi terdapat juga mesej (yang separanya) dalam Bahasa Cina. Suatu perbahasan CozyCot mengenai pembedahan plastik yang mempunyai lebih daripada 1000 komen dan 8 juta lawatan telah direncanakan dalam Hankook Ilbo, khususnya mengenai pandangan kaum Cina terhadap topik ini dan perlancongan kosmetik mereka di Korea Selatan.[18]

Ulasan[sunting | sunting sumber]

CozyCot mempunyai lebih daripada 35,000 produk untuk pengulasan oleh ahli-ahlinya. Terdapat perisian pengimbas iPhone yang membolehkan pengguna-penggunanya untuk mengeluarkan ulasan produk daripada laman web CozyCot dengan hanya mengambil gambar kod bar dengan kamera iPhone mereka.[3][19][20][21]

Acara[sunting | sunting sumber]

CozyCot menjadi juruacara kepada acara-acara yang membolehkan ahli-ahlinya berinteraksi di antara satu sama lain melalui woksyop, kumpulan berfokus, ujian jalan(road test) dan sebagainya. Dengan kolaborasi Citibank, CozyCot telah menganjurkan Parti Persendirian Holy Grail CozyCot (CozyCot Holy Grail Private Party) pada 6-7 September 2008 untuk menyambut ulang tahunnya yang ke-7.

Penerbitan yang berkenaan[sunting | sunting sumber]

Dalam April 2010, suratkhabar yang bernama CozyCot telah dilancarkan sebagai terbitan bulanan 25-halaman yang percuma dengan 200,000 cetakan.[11]

Anugerah[sunting | sunting sumber]

CozyCot telah memenangi Anugerah Laman Wanita Terutama Singapura di Anugerah Prestasi Online Singapura Hitwise (Hitwise Singapore Online Performance Award) untuk empat tahun berturut-turut sejak 2006.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "CozyCot Trade Mark". Pejabat Harta Intelektual Singapura. Dicapai pada 22 Jun 2010. 
  2. Lee Yen Nee (9 Jun 2010). "Her hobby is now a million-dollar business". The Straits Times. Dicapai pada 22 Jun 2010. 
  3. 3.0 3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 3.6 3.7 Chen Huifen (27 April 2010). "Cozying up to female readers reaps dividents". The Business Times. 
  4. 4.0 4.1 Tham Yuen-C and Phebe Bay (26 Mei 2010). "Net winners". The Straits Times. Dicapai pada 22 Jun 2010.  Semak nilai tarikh dalam: |date= (bantuan)
  5. "下班大沙发 之cozycot 创办人余诗音Nicole Yee". Capital 95.8FM. 24 Mei 2010. Dicapai pada 22 Jun 2010.  Semak nilai tarikh dalam: |date= (bantuan)(bahagian 1, bahagian 2 (MSN Singapura)
  6. 6.0 6.1 N Ravindran (edisi April--Mei 2009). "Women-centric Marketing Web Site attracts Members". Today's Manager (Singapore Institute of Management). Dicapai pada 22 Jun 2010.  Semak nilai tarikh dalam: |date= (bantuan) (diterbit semula dalam Entrepreneur)
  7. Kenny Lim (30 Oktober 2009). "Her World readership tumbles as Singaporean women move online". Media Asia. Dicapai pada 22 Jun 2010.  Semak nilai tarikh dalam: |date= (bantuan)
  8. "Nicole Yee of CozyCot on women's online habits and new innovations". Media Asia. 3 Mei 2010. Dicapai pada 22 Jun 2010.  Semak nilai tarikh dalam: |date= (bantuan)
  9. Kenny Lim (1 Oktober 2009). "Mindshare to launch online reality show on CozyCot in Singapore". Dicapai pada 22 Jun 2010.  Semak nilai tarikh dalam: |date= (bantuan)
  10. Melissa Lwee (12 Jun 2010). "Unique selling propositions". The Business Times. Dicapai pada 22 Jun 2010. 
  11. 11.0 11.1 Deepa Balji (20 April 2010). "CozyCot forays into print industry". Marketing-interactive.com. Dicapai pada 22 Jun 2010. 
  12. "Nielsen and CozyCot reveal the latest in consumer insights analysis" (PDF). Nielsen Company. September 09, 2010. Dicapai pada September 15, 2010.  Semak nilai tarikh dalam: |date= (bantuan)
  13. Deanie Sultana (6 Mei 2010). "CozyCot signs with Nielsen for web analytics and audience measurement" (PDF). Nielsen Company. Dicapai pada 22 Jun, 2010.  Semak nilai tarikh dalam: |access-date=, |date= (bantuan)
  14. James Verrinder (6 Mei 2010). "CozyCot appoints Nielsen for web analytics and audience measurement". Research-live.com. Dicapai pada 22 Jun 2010.  Semak nilai tarikh dalam: |date= (bantuan)
  15. Elizabeth Low (6 Mei 2010). "CozyCot calls in Nielsen for profiling". Marketing-interactive.com. Dicapai pada 22 Jun 2010.  Semak nilai tarikh dalam: |date= (bantuan)
  16. "Nielsen//NetRatings Launches Market Intelligence" (PDF). Nielsen Company. 11 Oktober 2005. Dicapai pada 22 Jun 2010.  Semak nilai tarikh dalam: |date= (bantuan)
  17. 17.0 17.1 Emily Lek (4 Oktober 2007), "Beauty Talk", The Straits Times, Urban, Singapura: Singapore Press Holdings, pp. p. 18  Semak nilai tarikh dalam: |date= (bantuan)
  18. Park Jin-Woo (16 April 2010). "중국인 '성형관광' 러시". Hankook Ilbo. Dicapai pada 22 Jun 2010. 
  19. "Shopping Reviews App by CozyCot Pte Ltd". iTunes. Dicapai pada 22 Jun 2010. 
  20. "网上热报". MediaCorp Channel 8. 5 Jun 2010. Dicapai pada 22 Jun 2010. 
  21. Michelle Martin (12 Mei 2010). "Passion People — Nicole Yee Founder of Cozycot.com". 938LIVE. Dicapai pada 22 Jun 2010.  Semak nilai tarikh dalam: |date= (bantuan) (mp3)

Pautan luaran[sunting | sunting sumber]