Cukai kain kepala

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Cukai kain kepala (Belanda: kopvoddentaks) ialah istilah pejoratif bagi sebuah cukai untuk pemakaian tudung di Belanda seperti yang dicadangkan oleh ahli politik Belanda Geert Wilders, yang mengasas dan memimpin Parti untuk Kebebasan.[1]

Wilders membuat cadangan beliau untuk mencipta cukai tudung pada 16 September 2009 semasa "Refleksi Umum". Sesiapa yang mahu memakai tudung harus mendapatkan permit terlebih dahulu dan ianya akan menampung seribu euro per tahun. Ini merupakan sebuah cara bagi beliau untuk cuba menggesa orang ramai untuk tidak memakai tudung. Duit yang diperolehi akan digunakan untuk membiayai tempat-tempat perlindungan wanita, bagi sesiapa yang ingin meninggalkan Islam.

Terdapat ketidakpecayaan dan kritikan daripada parti politik lain terhadap cadangan Wilders. Pemimpin parti Demokrat 66 , Alexander Pechtold menanyakan : "Adakah ini sebuah pertunjukan berdiri?"[2] dan dia mahu mengetahui samada ketua menteri Plasterk akan jatuh kepada definisi cukai terbabit.[3] Jurnalis berketurunan Mesir-Belanda Nahed Selim tertanya-tanya samaada Wilders telah diilhamkan dari cukai istimewa untuk Yahudi dan Kristian yang sepatutnya wujud dalam negara-negara Islam sehingga separuh kurun ke-19. Beliau berfikir yang cadangan Wilders merupakan sebuah kesempatan yang terlepas dan akan dilihat bahawa dia terus mencari perhatian terhadap Islamisasi kepada ruang awam.[4]

Pelan cukai tersebut dibincangkan pada November 2009, Teun van Dijck dari Parti Kebebasan dicabar oleh ahli parlimen Farshad Bashir (Parti Sosialis) untuk mengfailkan amendemen. Van Dijck menjawab yang dia tidak akan, kerana cadangan tersebut belum lagi diputuskan.[5]

Pada Januari 2010, jurnalis Karen Geurtsen dari majalah HP/De Tijd membuat kenyataan umum pada masa terdapat banyak kritikan terhadap idea tersebut juga dalam Parti untuk kebebasan yang Wilders akan mengaku yang ideanya melampau. Geurtsen tahu tentang dalam-dan-keluar dalaman fraksi Parti untuk Kebebasan kerana beliau menyamar sebagai intern. Wilders menyatakanya sebagai "sungguh mengarut" untuk dia mengaku cadanganya melampau kepada intern terbabit.[6]

Dalam program pemilihan dalam parti untuk Kebebasan 2010-2015, perkataan "Cukai kain kepala" tidak disebutkan. Namun terdapat permohonan untuk mengenakan cukai terhadap tudung.[7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "about the headscarf tax plan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-06-07. Dicapai pada 2011-11-16.
  2. ^ Wilders wants to tax people wearing headscarves Elsevier, September 16, 2009
  3. ^ The shame of the head-rag tax, Trouw, Oktober 26 2009
  4. ^ Islamcritics: Wilders is missing the point with a headscarf tax Trouw, September 18, 2009
  5. ^ PVV heeft 'kopvoddentaks' niet doorberekend de Volkskrant, November 2, 2009
  6. ^ Wilders thought the head-rag tax went too far too, Nederlands Dagblad, January 13, 2010
  7. ^ Verkiezingsprogramma PVV 2010 - 2015 The agenda of hope and optimism (PDF), page 15