Daerah Lüshunkou

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Lüshunkou (Cina ringkas: Cina tradisional: pinyin: Lǚshùnkǒu) ialah sebuah daerah di bandar Dalian, Republik Rakyat China. Ia turut dikenali sebagai Kota Lüshun (Cina ringkas: 旅顺市) atau (terjemahan kasar) Pelabuhan Lüshun (Cina ringkas: 旅顺港), dan pernah dikenali sebagai Pelabuhan Arthur (Cina ringkas: 亚瑟港) dan Ryojun.

Lüshunkou terletak jauh di hujung selatan Semenanjung Liaodong. Daerah ini mempunyai pelabuhan semulajadi yang bagus, antara penyebab berlakunya Perang Russia-Jepun (1904–1905). Pentadbiran pihak Jepun dan yang pada masa itu Soviet berlangsung sehingga 1953. Pada dekad pertama dalam pemerintahan Jepun keatas Semenanjung Liaodong (dahulunya Liaoutung), ia dinamakan Ryojun (旅順), sebutan Jepun untuk tulisan Cina nama kota ini.