Pergi ke kandungan

Tasik Toba

Koordinat: 2°41′U 98°53′T / 2.68°U 98.88°T / 2.68; 98.88
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Danau Toba)
Laman ini mungkin lebih sesuai dipindahkan ke Danau Toba
Danau Toba
Pemandangan Danau Toba
LokasiBalige, Sumatera Utara, Indonesia
Koordinat2°41′U 98°53′T / 2.68°U 98.88°T / 2.68; 98.88
JenisGunung berapa/tektonik
Sebahagian dariLembangan Asahan Toba
Aliran keluar utamaSungai Asahan
Negara lembangan Indonesia
Panjang maksimum100 km (62 bt)
Lebar maksimum30 km (19 bt)
Luas permukaan1,130 km2 (440 bt2)
Kedalaman purata216 m (709 ka)
Kedalaman maksimum505 m (1,657 ka)[1]
Isi padu air244 km3 (59 bt3)
Ketinggian permukaan905 m (2,969 ka)
PulauSamosir (utama)
Hole, Sibandang, Tulas
PetempatanAmbarita, Pangururan

Danau Toba (Bahasa Toba Batak: ᯖᯀᯬ ᯖᯬᯅ Tao Toba) ialah tasik atau danau semula jadi terbesar Sumatera Utara, Indonesia yang menempatkan kaldera dan supervolkano Toba. Tasik atau danau ini terletak di tengah pada bahagian utara Pulau Sumatera, dengan ketinggan pada permukaan mencecah 900 meter (2,953 ka), dan membentang dari koordinat 2°53′U 98°31′T / 2.88°U 98.52°T / 2.88; 98.52 hingga koordinat 2°21′U 99°06′T / 2.35°U 99.1°T / 2.35; 99.1. Tasik ini mempunyai panjang 100 kilometer (62 batu), kelebaran mencecah 30 kilometer (19 bt) dan kedalaman sedalam 505 meter (1,657 ka). Ia merupakan tasik terbesar di Indonesia, dan tasik volkano yang terbesar di dunia.[1] Kaldera Toba merupakan satu daripada dua puluh taman geologi di Indonesia,[2] dan telah diiktiraf menjadi sebahagian daripada UNESCO Global Geoparks pada Julai 2020.[3][4][5]

Danau ini terhasil dari letusan gunung berapa supervolkanik yang dianggarkan mencecah Indeks Letupan Gunung Berapi (VEI) 8 yang berlaku pada 69,000 hingga 77,000 tahun yang lalu,[6][7][8] turut mewakili peristiwa yang membawa kepada perubahan iklim dunia. Kemajuan terkini dalam kaedah pentarikhan kronologi mencadangkan tarikh letusan yang lebih jitu iaitu pada 74,000 tahun yang lalu.[9] Ia adalah letusan letupan terbesar yang diketahui di Bumi dalam tempoh 25 juta tahun yang lalu.

Teori yang dikenali sebagai teori malapetaka Toba menyatakan bahawa peristiwa ini mempunyai akibat kepada seluruh populasi manusia Bumi. Letusan itu mungkin akan membunuh kebanyakan manusia bersama-sama dengan banyak makhluk lain yang hidup pada masa itu, maka teori itu mencadangkan bahawa ia boleh menyumbang kepada kejejalan populasi yang jelas di kawasan Afrika timur tengah dan India pada masa itu. Malapetaka ini menyebabkan gangguan kepada kepelbagaian genetik kerana jujukan DNA selaku pembawa maklumat genetik manusia di serata dunia terjejas, hingga menganggu evolusi manusia sehingga hari ini.[10] Kajian yang lebih baru-baru ini telah menimbulkan keraguan tentang teori ini, kerana tiada bukti telah muncul tentang pengurangan berkekalan dalam populasi manusia dan fauna lain pada masa itu. Kemungkinan lain yang wujud termasuk corak penghijrahan bagi menjelaskan pengurangan ketara dalam kepelbagaian genetik manusia.[11]

Kaldera Toba di Sumatera Utara terdiri daripada empat kawah gunung berapi yang bertindih dan terletak bersebelahan dengan "hadapan gunung berapi" Sumatera. Pada 100 kali 30 kilometer (62 kali 19 bt), ia merupakan kaldera kuaterner yang terbesar di dunia, dan kaldera keempat dan termuda. Ia bersilang antara tiga kaldera yang lebih tua. Telah dianggarkan sebanyak 2,800 km3 (670 bt3) merupakan bahan piroklastik setara dengan batuan tumpat, yang dikenali sebagai tuf Toba termuda yang mana telah dikeluarkan semasa salah satu letusan gunung berapa letupan terbesar dalam sejarah geologi baru-baru ini.[12] Lantaran itu, gunung kubah terbentuk semula di dalam kaldera baharu, dan bergabung dengan dua kubah separuh yang dipisahkan oleh graben yang membujur.[7]

Kebanyakan penduduk di sekeliling Danau Toba adalah orang Batak. Rumah-rumah Batak tradisional dikenali oleh bumbung-bumbung tersendiri (yang melengkung ke atas pada setiap hujungnya, seolah-olah badan kapal) serta hiasan-hiasan yang berwarna-warni.[13]

Flora dan fauna

[sunting | sunting sumber]
Pokok pain mula tumbuh pada lereng gunung lebih tinggi di Danau Toba

Flora yang dapat dijumpai di Danau Toba merangkumi pelbagai jenis fitoplankton, tumbuhan air (atau hidrofit) yang terbenam ke dalam air dan terapung-apung atas permukaan air. Kawasan luar bandar yang berada di sekitar tasik merupakan kawasan hutan hujan. Namun, pada lereng gunung yang lebih tinggi, hutan pain tropika Sumatera mula tumbuh.[14]

Fauna yang dapat ditemui sekitar tasik merangkumi beberapa spesies zooplankton dan haiwan yang mendiami di zon bentos, iaitu pada dasar tasik. Danau Toba adalah bersifat oligotropik iaitu kandungan nutrien terlarut dalam air adalah rendah menyebabkan spesies ikan tempatan agak terhad. Spesies ikan seluang yang endemik yang dapat ditemui di Danau Toba ialah Rasbora tobana, namun boleh dikatakan hampir endemik memandangkan terdapat beberapa anak sungai mengalir masuk ke dalam lembangan utama di tasik itu.[15] Ikan batak atau dikenali sebagai Neolissochilus thienemanni juga dapat ditemui di Danau Toba.[16] Spesies-spesies ini diancam kepupusan dek aktiviti penyahhutanan tidak terkawal yang membawa kelodak dan lumpur ke aliran air utama tasik dan seterusnya menyebabkan dasar tasik menjadi cetek dan perubahan paras ketinggian air, pencemaran air, dan kehadiran spesies ikan lain yang berenang daripada anak sungai berhampiran ke dalam tasik utama.[16]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ a b "LakeNet – Lakes". Diarkibkan daripada yang asal pada 26 September 2003.CS1 maint: unfit URL (link)
  2. ^ "Gov't Expects UNESCO to Recognize Kaldera Toba Geopark This Year". Tempo. Dicapai pada 16 July 2018.
  3. ^ Gunawan, Apriadi (8 July 2020). "Toba caldera finally recognized as UNESCO Global Geopark". The Jakarta Post (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 9 July 2020.
  4. ^ "Lake Toba proposed as world geopark heritage site". The Jakarta Post. Dicapai pada 16 July 2018.
  5. ^ "Perjalanan Geopark Kaldera Danau Toba Masuk Daftar UGG". Kompas. Dicapai pada 16 July 2018.
  6. ^ "Toba: General Information". Program Volkanisme Global, Institusi Smithsonian. http://www.volcano.si.edu/world/volcano.cfm?vnum=.
  7. ^ a b Chesner, C.A.; Westgate, J.A.; Rose, W.I.; Drake, R.; Deino, A. (1991). "Eruptive history of Earth's largest Quaternary caldera (Toba, Indonesia) clarified" (PDF). Geology. Michigan Technological University. 19 (3): 200–203. Bibcode:1991Geo....19..200C. doi:10.1130/0091-7613(1991)019<0200:EHOESL>2.3.CO;2. Dicapai pada 23 August 2008.
  8. ^ Ninkovich, D.; N.J. Shackleton; A.A. Abdel-Monem; J.D. Obradovich; G. Izett (7 December 1978). "K−Ar age of the late Pleistocene eruption of Toba, north Sumatra". Nature. 276 (5688): 574–577. Bibcode:1978Natur.276..574N. doi:10.1038/276574a0. S2CID 4364788.
  9. ^ Vogel, Gretchen, How ancient humans survived global 'volcanic winter' from massive eruption, Science, 12 March 2018
  10. ^ "When humans faced extinction". BBC. 9 June 2003. Dicapai pada 5 January 2007.
  11. ^ Yost, Chad L.; Jackson, Lily J.; Stone, Jeffery R.; Cohen, Andrew S. (March 2018). "Subdecadal phytolith and charcoal records from Lake Malawi, East Africa imply minimal effects on human evolution from the ~74 ka Toba supereruption". Journal of Human Evolution. 116: 75–94. Bibcode:2018JHumE.116...75Y. doi:10.1016/j.jhevol.2017.11.005. PMID 29477183.
  12. ^ Budd, David A.; Troll, Valentin R.; Deegan, Frances M.; Jolis, Ester M.; Smith, Victoria C.; Whitehouse, Martin J.; Harris, Chris; Freda, Carmela; Hilton, David R.; Halldórsson, Sæmundur A.; Bindeman, Ilya N. (25 January 2017). "Magma reservoir dynamics at Toba caldera, Indonesia, recorded by oxygen isotope zoning in quartz". Scientific Reports (dalam bahasa Inggeris). 7 (1). Bibcode:2017NatSR...740624B. doi:10.1038/srep40624. ISSN 2045-2322. PMC 5264179. PMID 28120860.
  13. ^ "Batak People". IndonesianMusic.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 August 2008.
  14. ^ "Danau Toba (Lake Toba)". International Lake Environment Committee. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 March 2009.
  15. ^ Lumbantobing, Daniel N (2010). "Four New Species of the Rasbora trifasciata-Group (Teleostei: Cyprinidae) from Northwestern Sumatra, Indonesia". Copeia. 2010 (4): 644–70. doi:10.1643/CI-09-155. S2CID 86114358.
  16. ^ a b Saragih, Bungaran; Sunito, Satyawan (2001). "Lake Toba: Need for an integrated management system". Lakes and Reservoirs: Research and Management. 6 (3): 247–51. Bibcode:2001LRRM....6..247S. doi:10.1046/j.1440-1770.2001.00155.x.
  • Rampino, Michael R. and Stephen Self (1993). "Climate-volcanism feedback and the Toba eruption of 74,000 Years Ago". Quaternary Research. 40 (3): 269–280.
  • Vazquez, Jorge A. and Mary R. Reid (2004). "Probing the accumulation history of the voluminous Toba Magma". Science. 305 (5686): 991–994.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]