Pergi ke kandungan

Darjah kebesaran negara Indonesia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pingat ketenteraan Indonesia

Darjah kebesaran negara Indonesia ialah anugerah ketenteraan dan orang awam atas perkhidmatan dan sumbangan peribadi terhadap Republik Indonesia. Menurut Perlembagaan Indonesia, Bab III Fasal 15: "Presiden menganugerahkan darjah kebesaran, pingat dan penghargaan lain sebagaimana menurut undang-undang".[1]

Merujuk undang-undang no. 20/2009, terdapat tiga jenis anugerah; gelaran Pahlawan Nasional Indonesia, Darjah Bakti (Indonesia: Tanda Jasa) dan Darjah Kehormatan (Indonesia: Tanda Kehormatan). Darjah Bakti terdiri daripada Medali (pingat kebesaran berbentuk pentagon), manakala Darjah Kehormatan terdiri daripada Bintang Republik Indonesia (pingat kebesaran berbentuk bintang), Satyalancana (pingat kebesaran berbentuk bulat), dan Samkaryanugraha (trofi penghormatan).[2]

Semua anugerah dan penghargaan Republik Indonesia dianugerahkan kepada perseorangan warganegara Indonesia dan boleh juga dianugerahkan kepada warganegara asing, kecuali untuk Samkaryanugraha yang dianugerahkan kepada badan-badan atau pertubuhan.[2] Nama anugerah dan penghargaan banyak memasukkan perkataan sanskrit, seperti yang biasa digunakan oleh pemerintah dalam banyak anugerah dan nama institusi lain.

Pahlawan Nasional Indonesia

[sunting | sunting sumber]

Pahlawan Nasional Indonesia ialah gelaran peringkat tertnggi yang dianugerahkan di Indonesia. Ia dianugerahkan secara anumerta oleh Pemerintah Indonesia di atas tindakan yang dianggap pahlawan, yang diperincikan sebagai "tindakan sebenar yang mana boleh diingati dan dicontohi sepanjang masa oleh warganegara lain" atau "khidmat luar biasa yang mendahulukan kepentingan negara dan rakyat".[2]

Darjah Bakti

[sunting | sunting sumber]

Medali ialah anugerah negara yang diberikan oleh Presiden kepada seseorang yang berjasa dan mempunyai pencapaian luar biasa dalam membangunkan dan menaik taraf sesebuah bidang yang memberi manfaat besar kepada negara dan bangsa.[2] Medali mempunyai tiga jenis:

No. Nama
1 Medali Kepeloporan[2]
2 Medali Kejayaan[2]
3 Medali Perdamaian[2]

Darjah Kehormatan

[sunting | sunting sumber]

Bintang Republik Indonesia

[sunting | sunting sumber]

Presiden Indonesia, sebagai pengeluar darjah ini dan pemilik utama bintang kehormatan, secara automatik dianugerahkan bintang penghormatan kelas tertinggi bagi semua perkhidmatan awam dan ketenteraan. Naib Presiden Indonesia juga secara automatik dianugerahkan kelas kedua Bintang Republik Indonesia dan semua anugerah tertinggi perkhidmatan awam.[3]

Bintang untuk Perkhidmatan Awam

[sunting | sunting sumber]
Bintang Republik Indonesia
[sunting | sunting sumber]
Bintang Republik Indonesia Adipradana

Bintang Republik Indonesia (BRI) dianugerahkan kepada mereka yang memberi khidmat luar biasa terhadap integriti, daya maju, dan kehebatan Indonesia. Ia bintang kehormatan tertinggi yang dianugerahkan oleh Pemerintah Indonesia.[4]

Bintang ini mempunyai lima kelas:

Kelas Pertama Bintang Republik Indonesia Adipurna
Kelas Kedua Bintang Republik Indonesia Adipradana
Kelas Ketiga Bintang Republik Indonesia Utama
Kelas Keempat Bintang Republik Indonesia Pratama
Kelas Kelima Bintang Republik Indonesia Nararya
Bintang Mahaputera
[sunting | sunting sumber]
Bintang Mahaputera

Bintang Mahaputera (BMP) dianugerahkan kepada orang yang memberikan khidmat luar biasa terhadap tanah air dalam perkara-perkara di luar ketenteraan. Ia bintang kehormatan kedua tertinggi yang dianugerahkan oleh Pemerintah Indonesia.[5]

Bintang ini mempunyai lima kelas:

Kelas Pertama Bintang Mahaputera Adipurna
Kelas Kedua Bintang Mahaputera Adipradana
Kelas Ketiga Bintang Mahaputera Utama
Kelas Keempat Bintang Mahaputera Pratama
Kelas Kelima Bintang Mahaputera Nararya
Bintang Jasa
[sunting | sunting sumber]

Bintang Jasa (BJ) dianugerahkan kepada orang yang menunjukkan keberanian dan kesungguhan di kala susah.[6]

Bintang ini mempunyai tiga kelas:

Kelas Pertama Bintang Jasa Utama
Kelas Kedua Bintang Jasa Pratama
Kelas Ketiga Bintang Jasa Nararya
Bintang Kemanusiaan
[sunting | sunting sumber]

Bintang Kemanusiaan (BK) dianugerahkan kepada orang yang memberikan khidmat luar biasa dalam mengangkat nilai kemanusiaan dan hak asasi manusia.[7]

Bintang Kemanusiaan
Bintang Penegak Demokrasi
[sunting | sunting sumber]

Bintang Penegak Demokrasi (BPD) dianugerahkan kepada orang yang memberikan khidmat luar biasa dalam mengangkat prinsip demokrasi.[8]

Bintang ini mempunyai tiga kelas:

Kelas Pertama Bintang Penegak Demokrasi Utama
Kelas Kedua Bintang Penegak Demokrasi Pratama
Kelas Ketiga Bintang Penegak Demokrasi Nararya
Bintang Budaya Parama Dharma
[sunting | sunting sumber]

Bintang Budaya Parama Dharma (BBPD) atau bintang jasa budaya dianugerahkan kepada orang yang memberi penglibatan luar biasa dalam menggalakkan, mendidik dan memelihara budaya dan seni Indonesia.[9]

Bintang Budaya Parama Dharma
Bintang Bhayangkara (National Police Meritorious Service Star)
[sunting | sunting sumber]

Bintang Bhayangkara (BB) yang juga bintang khidmat bakti polis negara dianugerahkan kepada kakitangan Polis Negara Indonesia atas khidmat jasa kepada negara dan membantu mengangkat kedaulatan undang-undang. BB boleh juga dianugerahkan kepada orang awam atas khidmat luar biasa dalam pembangunan dan kemajuan Polis Negara, juga membantu dalam menjalankan tugas dan fungsi polis yang dimandatkan oleh perlembagaan dan undang-undang negara.[10]

Bintang ini mempunyai tiga kelas:

Kelas Pertama Bintang Bhayangkara Utama
Kelas Kedua Bintang Bhayangkara Pratama
Kelas Ketiga Bintang Bhayangkara Nararya

Bintang untuk perkhidmatan ketenteraan

[sunting | sunting sumber]

Bintang bagi perkhidmatan tentera secara kebiasaannya diberikan kepada kakitangan tentera atas khidmat jasa berterusan sementara berkhidmat dalam Angkatan Tentera Negara Indonesia. Walau bagaimanapun, bintang ini boleh juga diberikan kepada orang awam atas khidmat dan sumbangan luar biasa mereka menjadikan peningkatan dan kemajuan terhadap seluruh Tentera Negara begitu juga dalam membantu menjalankan tugas pertahanan negara dan pembangunan masyarakat yang diamanahkan kepada tentera oleh perlembagaan.

Satyalancana

[sunting | sunting sumber]

Merujuk Undang-Undang No. 20/2009, Satyalancana ialah pingat berbentuk bulat yang dianugerahkan oleh Pemerintah Indonesia kepada individu terbilang. Terdapat dua pengelasan Satyalancana; 20 Satyalancana dianugerahkan kepada orang awam (yang juga termasuk anggota polis), dan 13 Satyalancana diberikan kepada anggota tentera. Sesetengah Satyalancana boleh juga diberikan kepada orang asing, dan boleh dianugerahkan secara anumerta.

Satyalancana untuk orang awam

[sunting | sunting sumber]

Berikut ialah senarai 20 Satyalancana untuk orang awam:

No. Reben Nama
Satyalancana Perintis Kemerdekaan[11]
Satyalancana Pembangunan[12]
Satyalancana Wira Karya[13]
Satyalancana Kebaktian Sosial
Satyalancana Kebudayaan[14]
Satyalancana Pendidikan[15]
Satyalancana Karya Satya untuk perkhidmatan 30 tahun[16]
Satyalancana Karya Satya untuk perkhidmatan 20 tahun[16]
Satyalancana Karya Satya untuk perkhidmatan 10 tahun[16]
Satyalancana Dharma Olahraga[17]
Satyalancana Dharma Pemuda[18]
Satyalancana Kepariwisataan[19]
Satyalancana Karya Bhakti Praja Nugraha[20]
Satyalancana Pengabdian untuk khidmat 32 tahun
Satyalancana Pengabdian untuk khidmat 24 tahun
Satyalancana Pengabdian untuk khidmat 16 tahun
Satyalancana Pengabdian untuk khidmat 8 tahun
Satyalancana Bhakti Pendidikan[21]
Satyalancana Jana Utama[22]
Satyalancana Ksatria Bhayangkara[23]
Satyalancana Karya Bhakti[24]
Satyalancana Operasi Kepolisian[25]
Satyalancana Bhakti Buana[26]
Satyalancana Bhakti Nusa[27]
Satyalancana Bhakti Purna[28]

Satyalancana untuk tentera

[sunting | sunting sumber]

Berikut ialah senarai 13 Satyalancana untuk orang awam:

No. Reben Nama
Satyalencana Bhakti[29]
Satyalancana Teladan[30]
Satyalancana Kesetiaan untuk khidmat 32 tahun[31]
Satyalancana Kesetiaan untuk khidmat 24 tahun[31]
Satyalancana Kesetiaan untuk khidmat 16 tahun[31]
Satyalancana Kesetiaan untuk khidmat 8 tahun[31]
Satyalancana Santi Dharma[32]
Satyalancana Dwidya Sistha[33]
Satyalancana Dharma Nusa[34]
Satyalancana Dharma Bantala[35]
Satyalancana Dharma Samudra[36]
Satyalancana Dharma Dirgantara[37]
Satyalancana Wira Nusa[38]
Satyalancana Wira Dharma[39]
Satyalancana Wira Siaga[40]
Satyalancana Ksatria Yudha[41]

Samkaryanugraha (Anugerah Penghargaan)

[sunting | sunting sumber]

Samkaryanugraha ialah anugerah dalam bentuk trofi penghargaan untuk mana-mana unit, badan kerajaan atau pertubuhan lain yang memberikan khidmat bakti. Semua Samkaryanugraha sama kelas, dan dikelaskan sebagai anugerah pertubuhan awam dan tentera. Barang anugerah mestilah dipamerkan di bangunan unit, badan kerajaan atau pertubuhan yang menerima.

  • Parasamya Purnakarya Nugraha (Anugerah Pertubuhan Awam)
  • Nugraha Sakanti (Anugerah Penghargaan Unit Polis Negara)
  • Samkaryanugraha (Anugerah Penghargaan Unit Tentera Negara)
  1. ^ The 1945 Constitution of The Republic of Indonesia  – melalui Wikisource.
  2. ^ a b c d e f g "Undang-Undang RI Nomor 20 Tahun 2009 Tentang Gelar, Tanda Jasa, Dan Tanda Kehormatan" [Law No. 20/2009]. Law No. 20/2009  Error: the date or year parameters are either empty or in an invalid format, please use a valid year for year, and use DMY, MDY, MY, or Y date formats for date (PDF) (dalam bahasa Indonesia). People's Representative Council. Diarkibkan 28 Januari 2018 di Wayback Machine
  3. ^ "Tanda Kehormatan yang dimiliki Presiden" (dalam bahasa Indonesia). Direktorat Jenderal Kebudayaan Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. 10 May 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 March 2021. Dicapai pada 23 August 2019.
  4. ^ Sekretariat Negara Republik Indonesia. "Bintang Republik Indonesia" (PDF). www.setneg.go.id. Kementerian Sekretariat Negara Republik Indonesia. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 25 February 2018. Dicapai pada 25 February 2018.
  5. ^ Sekretariat Negara Republik Indonesia. "Bintang Mahaputera" (PDF). www.setneg.go.id. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 25 February 2018. Dicapai pada 25 February 2018.
  6. ^ Sekretariat Negara Republik Indonesia. "Bintang Jasa" (PDF). www.setneg.go.id. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 19 January 2023. Dicapai pada 25 February 2018.
  7. ^ Sekretariat Negara Republik Indonesia. "Bintang Kemanusiaan" (PDF). www.setneg.go.id. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 25 February 2018. Dicapai pada 25 February 2018.
  8. ^ Sekretariat Negara Republik Indonesia. "Bintang Penegak Demokrasi" (PDF). www.setneg.go.id. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 25 February 2018. Dicapai pada 25 February 2018.
  9. ^ Sekretariat Negara Republik Indonesia. "Bintang Budaya Parama Dharma" (PDF). www.setneg.go.id. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 25 February 2018. Dicapai pada 25 February 2018.
  10. ^ Sekretariat Negara Republik Indonesia. "Bintang Bhayangkara" (PDF). www.setneg.go.id. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 25 February 2018. Dicapai pada 25 February 2018.
  11. ^ Sekretariat Negara Republik Indonesia. "Satyalancana Perintis Kemerdekaan" (PDF). www.setneg.go.id. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 13 March 2018. Dicapai pada 12 March 2018.
  12. ^ Sekretariat Negara Republik Indonesia. "Satyalancana Pembangunan" (PDF). www.setneg.go.id. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 13 March 2018. Dicapai pada 12 March 2018.
  13. ^ Sekretariat Negara Republik Indonesia. "Satyalancana Wirakarya" (PDF). www.setneg.go.id. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 19 January 2023. Dicapai pada 12 March 2018.
  14. ^ Sekretariat Negara Republik Indonesia. "Satyalancana Kebudayaan" (PDF). www.setneg.go.id. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 13 March 2018. Dicapai pada 12 March 2018.
  15. ^ Sekretariat Negara Republik Indonesia. "Satyalancana Pendidikan" (PDF). www.setneg.go.id. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 13 March 2018. Dicapai pada 12 March 2018.
  16. ^ a b c Sekretariat Negara Republik Indonesia. "Satyalancana Karya Satya" (PDF). www.setneg.go.id. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 13 March 2018. Dicapai pada 12 March 2018.
  17. ^ Sekretariat Negara Republik Indonesia. "Satyalancana Dharma Olahraga" (PDF). www.setneg.go.id. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 13 March 2018. Dicapai pada 12 March 2018.
  18. ^ Sekretariat Negara Republik Indonesia. "Satyalancana Dharma Pemuda" (PDF). www.setneg.go.id. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 13 March 2018. Dicapai pada 12 March 2018.
  19. ^ Sekretariat Negara Republik Indonesia. "Satyalancana Kepariwisataan" (PDF). www.setneg.go.id. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 13 March 2018. Dicapai pada 12 March 2018.
  20. ^ Sekretariat Negara Republik Indonesia. "Satyalancana Karya Bhakti Praja Nugraha" (PDF). www.setneg.go.id. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 13 March 2018. Dicapai pada 12 March 2018.
  21. ^ Sekretariat Negara Republik Indonesia. "Satyalancana Bhakti Pendidikan" (PDF). www.setneg.go.id. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 13 March 2018. Dicapai pada 12 March 2018.
  22. ^ Sekretariat Negara Republik Indonesia. "Satyalancana Jana Utama" (PDF). www.setneg.go.id. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 13 March 2018. Dicapai pada 12 March 2018.
  23. ^ Sekretariat Negara Republik Indonesia. "Satyalancana Ksatria Bhayangkara" (PDF). www.setneg.go.id. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 13 March 2018. Dicapai pada 12 March 2018.
  24. ^ Sekretariat Negara Republik Indonesia. "Satyalancana Karya Bhakti" (PDF). www.setneg.go.id. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 13 March 2018. Dicapai pada 12 March 2018.
  25. ^ Sekretariat Negara Republik Indonesia. "Satyalancana Operasi Kepolisian" (PDF). www.setneg.go.id. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 13 March 2018. Dicapai pada 12 March 2018.
  26. ^ Sekretariat Negara Republik Indonesia. "Satyalancana Bhakti Buana" (PDF). www.setneg.go.id. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 13 March 2018. Dicapai pada 12 March 2018.
  27. ^ Sekretariat Negara Republik Indonesia. "Satyalancana Bhakti Nusa" (PDF). www.setneg.go.id. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 13 March 2018. Dicapai pada 12 March 2018.
  28. ^ Sekretariat Negara Republik Indonesia. "Satyalancana Bhakti Purna" (PDF). www.setneg.go.id. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 13 March 2018. Dicapai pada 12 March 2018.
  29. ^ Sekretariat Negara Republik Indonesia. "Satyalencana Bhakti" (PDF). www.setneg.go.id. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 13 March 2018. Dicapai pada 12 March 2018.
  30. ^ Sekretariat Negara Republik Indonesia. "Satyalancana Teladan" (PDF). www.setneg.go.id. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 13 March 2018. Dicapai pada 12 March 2018.
  31. ^ a b c d Sekretariat Negara Republik Indonesia. "Satyalancana Kesetiaan" (PDF). www.setneg.go.id. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 13 March 2018. Dicapai pada 12 March 2018.
  32. ^ Sekretariat Negara Republik Indonesia. "Satyalancana Santi Dharma" (PDF). www.setneg.go.id. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 13 March 2018. Dicapai pada 12 March 2018.
  33. ^ Sekretariat Negara Republik Indonesia. "Satyalancana Dwidya Sistha" (PDF). www.setneg.go.id. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 13 March 2018. Dicapai pada 12 March 2018.
  34. ^ Sekretariat Negara Republik Indonesia. "Satyalancana Dharma Nusa" (PDF). www.setneg.go.id. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 13 March 2018. Dicapai pada 12 March 2018.
  35. ^ Sekretariat Negara Republik Indonesia. "Satyalancana Dharma Bantala" (PDF). www.setneg.go.id. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 13 March 2018. Dicapai pada 12 March 2018.
  36. ^ Sekretariat Negara Republik Indonesia. "Satyalancana Dharma Samudra" (PDF). www.setneg.go.id. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 13 March 2018. Dicapai pada 12 March 2018.
  37. ^ Sekretariat Negara Republik Indonesia. "Satyalancana Dharma Dirgantara" (PDF). www.setneg.go.id. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 13 March 2018. Dicapai pada 12 March 2018.
  38. ^ Sekretariat Negara Republik Indonesia. "Satyalancana Wira Nusa" (PDF). www.setneg.go.id. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 13 March 2018. Dicapai pada 12 March 2018.
  39. ^ Sekretariat Negara Republik Indonesia. "Satyalancana Wira Dharma" (PDF). www.setneg.go.id. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 23 October 2021. Dicapai pada 24 October 2021.
  40. ^ Sekretariat Negara Republik Indonesia. "Satyalancana Wira Siaga" (PDF). www.setneg.go.id. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 13 March 2018. Dicapai pada 12 March 2018.
  41. ^ Sekretariat Negara Republik Indonesia. "Satyalancana Ksatria Yudha" (PDF). www.setneg.go.id. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 13 March 2018. Dicapai pada 12 March 2018.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]