Dear Nathan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dear Nathan
PengarahIndra Gunawan
PenulisBagus Bramanti
Gea Rexy
Erisca Febriani
Dihasilkan olehGope T. Samtani
DibintangiAmanda Rawles
Jefri Nichol
Surya Saputra
Rayn Wijaya
Diandra Agatha
Beby Tsabina
Denira Wiraguna
Chicco Kurniawan
Faiz Fadhil
Kevin Ardilova
Karina Suwandi
Ayu Dyah Pasha
Raquel Katie Larkin
Muzik olehAndhika Triyadi
Syarikat
penerbitan
Negara Indonesia
BahasaIndonesia

Dear Nathan merupakan filem drama Indonesia arahan Indra Gunawan yang dikeluarkan pada 23 Mac 2017. Filem adaptasi dari novel dengan judul yang sama karya Erisca Febriani telah dibintangi oleh Amanda Rawles dan Jefri Nichol.

Novel[sunting | sunting sumber]

Dear Nathan merupakan sebuah cerita yang berasal dari Wattpad[1] yang telah dibaca lebih dari 28 juta kali. Kali pertama disiarkan di Wattpad, cerita bergenre remaja ini banyak menarik perhatian dan sering menjadi pilihan utama bagi genre remaja. Atas populariti ini, beberapa penerbit berniat untuk menerbitkannya dalam bentuk novel fiksyen. Akhirnya, Best Media berjaya menerbitkannya pada Mac 2016. Pertama kali diterbitkan di Indonesia, novel ini mendapat sambutan hangat dan telah dicetak berulang kali dalam masa sebulan dan menjadi buku terlaris di beberapa buah kedai buku di Indonesia. Novel ini akhirnya diterbitkan dalam bentuk filem oleh Rapi Films.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Salma (Amanda Rawles) merupakan pelajar pemindahan di SMA Garuda. Suatu pagi, dia tiba lewat di majlis bendera dan seorang pelajar bernama Nathan (Jefri Nichol), yang dikenali sebagai pelajar yang suka bergaduh, menyelamatkannya dari hukuman. Salma, yang bbersifat memilih dalam bersahabat cuba untuk menjauhkan diri dari Nathan, tetapi Nathan sebenarnya membuat kecoh di sekolah dengan memberitahu secara terang-terangan bahawa dia mengejar cinta Salma. Pelbagai cara dilakukan oleh Salma untuk mengelak tetapi semakin banyak dia mengelak, semakin dia berhadapan dengan peluang untuk memahami masa lalu Nathan dan perlahan-lahan jatuh cinta. Apabila Nathan mula ingin berubah demi Salma, bekas kekasih Nathan, Seli (Denira Wiraguna), datang untuk meraih cintanya kembali.[2]

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Calon Keputusan
2017 Festival Filem Bandung Pemeran Utama Pria Terpuji Film Bioskop Jefri Nichol Tercalon
Piala Maya Aktor Pendatang Baru Terpilih Menang

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Wattpad - Stories You'll Love". www.wattpad.com. Dicapai pada 2017-11-16.
  2. ^ Sinopsis di filmindonesia.or,d, diakses pada 1 Maret 2017