Demo (muzik)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Demo (dipendekkan dari "demonstrasi") ialah lagu atau kumpulan lagu yang dirakamkan untuk edaran terhad atau penggunaan rujukan dan bukan untuk keluaran umum. Demo ialah cara untuk ahli muzik untuk menghampiri idea mereka dalam format tetap, seperti pita kaset, cakera padat, atau fail audio digital, dan dengan itu menyebarkan idea tersebut untuk label rakaman, penerbit, atau artis lain.

Pemuzik sering menggunakan demo sebagai lakaran cepat untuk dikongsi dengan rakan kugiran atau penyusun, atau hanya untuk rujukan peribadi semasa proses penulisan lagu; dalam kes lain, penulis lagu mungkin membuat demo untuk dihantar kepada artis dengan harapan lagu itu dirakamkan secara profesional, atau penerbit mungkin memerlukan rakaman mudah untuk tujuan penerbitan atau hak cipta.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Vinita (2005). Profiles in Popular Music. Sura Books. m/s. 79. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]