Demokrasi di kalangan belia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Belia sedunia kini telah mejadi lebih aktif dan berpengetahuan tentang isu-isu semasa sedunia. Mereka kini lebih proaktif dan terlibat dalam insiatif dan gerakan sosial demi kebaikan dan perubahan yang diinginkan organisasi masing-masing, yang merangkumi, pendidikan yang lebih praktikal dan relevan, kesihatan dan pemuliharaan alam, hak kemanuisiaan dan banyak lagi isu geopolitikal yan lain. Melalui insiatif memulakan gerakan dan melancarkan projek kendiri untuk mengumpul para belia yang bersependapat dalam sesuatu gerakkan dan mengaplikasikan amalan demokratik seperti forum, persidangan serta dialog untuk menyimbolkan evolusi peradaban kita sebagai masyarakat sedunia.

Belia membentuk 16 peratus daripada populasi dunia kini, belia sering membawa semangat, tenaga, dan idealisme dari pandangan yang baru kepada penglibatan politik [1]. Mereka lebih tercenderung untuk melibatkan diri dalam gerakan akar umbi, protes, dan usaha advokasi untuk membawa perhatian kepada isu sosial dan politik. Aktivisme mereka boleh membawa kepada perubahan dalam pemikiran khalyak rakyat, mendesak pembaharuan dasar, dan mencabar status quo. Melalui tindakan mereka, belia boleh membentuk agenda, mencetuskan perdebatan, dan memacu perubahan sosial dan politik.

Usaha mengembangkan belia[sunting | sunting sumber]

Dunia kini sedar akan kepentingan warga belia serata dan telah mengemukakan program yang melibatkan belia dan mendedahkan kemahiran demokratik, dasar luar dan perkara lain mengenai demokrasi dunia kepada belia yang menunjukkan semangat dan potensi untuk menyertai program-program ini.


Perbadanan seperti Persatuan Bangsa Bangsa Bersatu [PBB], European Union [EU] dan juga kementerian negara-negara tertentu seperti Uganda, Nigeria dan Finland, telah mengakui kewujudan mereka dan juga mula membantu perkembangan belia-belia ini [2]. Ia menjadi misi kesemua perbadanan negara dan kementerian untuk mengembangkan belia sedunia, atas dasar merekalah akan menanggungi tanggungjawab memelihara dan menambah baikan dunia kita pada masa depan. Timo Goosman dari Ketua Misi European Union di Malaysia pada masa kini telah pun menjadi pemula projek projek seperti EU-ASEAN Youth Diplomat Porgram [EAYDP] dengan objektif mendedahkan belia kepada kerja-kerja diplmatik dan demokrasi dunia.[3] Bersama dengan Malaysia Youth Association for Diplomacy Program [MYADP] yang membantu pasukan Timo dari EU untuk mengaturkan projek tersubut, ia telah menunjukkan bahawa EU serta ASEAN dan kerajaan Malaysia juga mengambil berat tentang pembangunan belia mereka dan berniat untuk melibatkan belia dalam usaha usaha pentadbiran negara serta dunia.


Bukan sahaja perbadanan serta organisasi belia, tetapi individu juga mampu mewujudkan inisiatif tersendiri seperti persidangan yang mengumpulkan belia bersependapat untuk membincangkan isu yang dikemukakan dan mencari penyelesaian secara kolaboratif. Jeffrey Amirul, seorang pelajar ijazah dalam bidang undang-undang dalam institusi HELP University, menjadi contoh kebolehan belia secara individu melalui kejayaannya dalam malaksanakan South East Asia Youth Sustainibility Summit (Persidangan Kelestarian Belia Asia Tenggara) pada tahun 2023. Usahanya untuk menubuhkan jawatankuasa, mengumpul dana, serta menjemput individu berpengaruh dan peserta untuk persidangannya dijalankan secara berdikari dan mendapat sahutan yang gemuruh dari badan bukan kerajaan seperti World Wildlife Foundation (WWF), Yayasan Bank Rakyat Malaysia, dan Impact Malaysia.

ASEAN Youth participating in EU-ASEAN Youth Diplomacy Program in UM, Malaysia 2023
Youth Sustainability Summit, at the Asia Institute of Business, Malaysia 2023

Kepentingan Belia dalam Demokrasi[sunting | sunting sumber]

Belia memainkan peranan penting dalam mana-mana demokrasi dan sering dianggap sebagai pemimpin masa depan sesebuah negara. Belia mewakili sebahagian besar penduduk di kebanyakan negara. Perspektif, kebimbangan dan aspirasi mereka adalah unik dan perlu diambil kira dalam proses membuat keputusan. Memasukkan belia dalam sistem demokrasi memastikan suara mereka didengari dan kepentingan mereka diwakili. Golongan muda membawa idea segar, kreativiti dan inovasi ke meja [4]. Mereka sering mencabar norma tradisional, mempersoalkan sistem sedia ada, dan mencadangkan penyelesaian alternatif kepada masalah masyarakat. Perspektif unik dan kesanggupan mereka untuk berfikir di luar kotak boleh membawa kepada perubahan positif dan kemajuan dalam demokrasi [5]. Dari segi sejarah, golongan muda telah berada di barisan hadapan dalam gerakan sosial dan politik, memperjuangkan perubahan dan memperjuangkan keadilan. Tenaga, semangat dan aktivisme mereka menyumbang kepada pembentukan landskap sosial dan politik sesebuah negara.


Melibatkan belia dalam demokrasi menggalakkan kewarganegaraan aktif dan menggalakkan pendidikan sivik. Golongan muda membina rasa tanggungjawab, pemilikan, dan pemahaman tentang hak dan kewajipan mereka sebagai warganegara apabila mereka terlibat dalam aktiviti politik seperti mengundi, melibatkan diri dalam inisiatif komuniti, dan sukarela [6]. Ini memupuk budaya sivik dan menggalakkan golongan muda untuk menjadi peserta yang berpengetahuan, bertanggungjawab dan aktif dalam proses demokrasi. Melibatkan golongan muda dalam proses demokrasi menggalakkan perbincangan dan kerjasama antara generasi. Ia membolehkan pertukaran idea, pengalaman, dan pandangan di kalangan orang dari semua peringkat umur [7]. Dengan merapatkan jurang generasi, belia boleh bekerjasama dengan generasi yang lebih tua untuk mencari titik persamaan, membina konsensus dan membangunkan dasar yang menangani keperluan populasi yang pelbagai. Melibatkan dan memperkasakan belia dalam demokrasi memastikan kemampanan jangka panjang dan kesinambungan cita-cita demokrasi. Dengan menyediakan peluang kepada golongan muda untuk mengambil bahagian dalam membuat keputusan, politik dan tadbir urus, masyarakat boleh memupuk budaya penglibatan demokratik yang melangkaui satu generasi. Ini membantu dalam membina asas demokrasi yang kukuh untuk masa depan.

Belia Malaysia[sunting | sunting sumber]

Majoriti negara di Eropah telah pun menurunkan had umur minima pengundi kepada 18 tahun sejak dari era 60an. Manakala di Asia pula, kebanyakan umur mengundi di negara yang mempunyai demokrasi yang aktif dan progresif seperti Bangladesh, Hong Kong, India, Iran, Iraq, Jepun, Korea dan Pakistan ialah seawal usia 18 hingga 19 tahun. Sejarah baru tercipta di Malaysia di mana Undi18, iaitu satu kempen telah berjaya untuk melayakkan golongan muda berumur 18 tahun untuk mengundi dan menjadi calon dalam pilihan raya telah diluluskan. The participation of young people in elections has the ability to profoundly influence election outcomes and affect the political landscape. When young people participate actively in the electoral process and exercise their right to vote, they can influence election outcomes, determine government composition, and raise attention to problems that are important to them. Youth voter turnout is high, indicating active participation in democratic decision-making [8].

Organisasi yang wujud[sunting | sunting sumber]

  • Malaysia Youth Advocacy and Diplomacy Program [MYADP] [9]
  • Asia Pacific Youth Service
  • AIESEC [10]
  • Parliament Belia Malaysia [11]
  • Klima Action Malaysia [12]
  • World Assembly of Youth [13]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • "GLOBAL ISSUES: Youth". United Nations.
  • Rt. Hon., Eme, Eugene Odoh, Okechukwu Innocent (2014). "ROLE OF THE YOUTHS IN NATIONAL DEVELOPMENT" (PDF). SINGAPOREAN JOuRNAl Of buSINESS EcONOmIcS, ANd mANAGEmENt StudIES. VOl.3, NO.2. |volume= has extra text (bantuan)
  • "The EU Delegation to Malaysia holds a kick-off meeting for the EU-ASEAN Young Diplomats Programme (EAYDP)". EU Engage.
  • "WHAT WORKS YOUTH AND DEMOCRACY, HUMAN RIGHTS, AND GOVERNANCE". Youth Power.
  • Zeldin, Camino, Calvert (2003). "Toward an Understanding of Youth in Community Governance: Policy Priorities and Research Directions" (PDF). Social Policy Report Giving Child and Youth Development Knowledge Away. Volume 17, Number 3. |volume= has extra text (bantuan)CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  • "YOUTH LEADERSHIP: RECOMMENDATIONS FOR SUSTAINABILITY" (PDF). Advocates for Youth.
  • United Nations Youth. "YOUTH, POLITICAL PARTICIPATION AND DECISION-MAKING" (PDF). Cite journal requires |journal= (bantuan)
  • Meor Shakri, Meor Harman (12 Oktober 2022). "Undi 18 bukan main-main". Utusan Malaysia. Dicapai pada 18 Jun 2023 – melalui Utusan.com.my. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan); More than one of |work= dan |newspaper= specified (bantuan)
  • "Home, MYADP". Malaysian Youth Association for Diplomacy.
  • "Develop Your Leadership". AIESEC.
  • https://en.wikipedia.org/wiki/Youth_Parliament_of_Malaysia
  • "Utama". Klima Action Malaysia.
  • "World Assembly of Youth". World Assembly of Youth.