Dentuman sonik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Dentuman bunyi)
Jump to navigation Jump to search
Punca bunyi bergerak pada kelajuan sebanyak 1.4 kali kelajuan bunyi (Mach 1.4). Memandangkan punca tersebut bergerak lebih laju daripada gelombang bunyi yang dihasilkannya, maka ia mendahului depan gelombang yang sedang mara.

Sebuah dentuman sonik, dentuman bunyi atau debum bunyi (Bahasa Inggeris: sonic boom)[1] merupakan bunyi yang berkaitan dengan gelombang kejutan yang terhasil oleh sebuah objek yang bergerak melalui udara lebih cepat dari kelajuan bunyi. Dentuman sebegini menghasilkan sejumlah besar tenaga bunyi yang kedengaran seperti sebuah letupan apabila didengari telinga manusia. "Retak" supersonik peluru yang bergerak dengan pantas selepas dilepaskan senapang atau cemeti yang dilibas adalah antara contoh dentuman sonik yang boleh dilihat dalam skala yang kecil.[2]

Sebab[sunting | sunting sumber]

Apabila sebuah pesawat melalui suatu ruang udara, ia menghasilkan satu siri gelombang tekanan. Gelombang-gelombang ini bergerak pada kelajuan bunyi dan makin dimampatkan bersama apabila kelajuan semakin meningkat kerana tidak mempu beralih dari antara satu sama lain, maka gelombang-gelombang ini bergabung membentuk satu gelombang kejutan yang bergerak pada kelajuan bunyi dikenali sebagai Mach 1, dan ia dianggarkan sekitar 1,235 km/j pada aras laut dan 20 °C (68 °F).

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "'sonic boom' — Maklumat Kata". Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai 12 Februari 2018. 
  2. ^ May, Mike (2002). "Crackin' Good Mathematics". American Scientist. Jil. 90 no. 5. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]