Desa KEDA Leret

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Desa KEDA Leret[sunting | sunting sumber]

Latar Belakang[sunting | sunting sumber]

Surau Desa KEDA Leret

Desa KEDA merupakan penempatan yang diwujudkan oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) bermula dari tahun 1989 kepada penduduk Negeri Kedah yang termasuk dalam kategori Miskin Tegar. Terdapat 56 Desa KEDA di kawasan operasi KEDA yang dikategorikan kepada tiga jenis penempatan iaitu Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), Keselamatan dan Pembangunan (KESBAN) dan Kampung Tradisional.

Desa KEDA Leret merupakan salah satu penempatan yang dibangunkan di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) pada tahun 2006 dan mula diduduki pada tahun 2008. Penempatan ini menempatkan sebanyak 66 buah rumah dan memberi manfaat kepada 330 orang penduduk di Daerah Bandar Baharu.

Sejarah Kampung[sunting | sunting sumber]

Desa KEDA Leret merupakan kampung penempatan terancang yang terletak hanya 2km dari Pekan Serdang, 27km dari Pekan Kulim dan lebih kurang 18km dari tol Bandar Baharu. Desa KEDA Leret terletak di dalam Mukim Serdang.

Kawasan Desa KEDA Leret ini asalnya dahulu ialah ladang kelapa sawit yang dimiliki oleh seorang petani berketurunan Cina. Tanahnya telah dibeli oleh pihak KEDA bagi tujuan untuk mewujudkan kawasan perumahan terancang. Penempatan Desa KEDA Leret ini dibuka pada tahun 2006 dan mula diduduki pada tahun 2008.

Sebanyak 47 buah rumah jenis sesebuah dibina dan didiami bagi fasa pertama pada tahun 2008. Kemudian, 20 buah rumah jenis Semi-D dibina bagi fasa kedua dan didiami mulai tahun 2017 yang menjadikan keseluruhan 66 buah rumah di Desa KEDA Leret sehingga ke hari ini. Kesemua penduduk di sini berketurunan Melayu dan beragama Islam.

Info Desa[sunting | sunting sumber]

Nama Desa Desa KEDA Leret
Mukim Serdang
DUN Bandar Baharu
Parlimen Kulim/ Bandar Baharu
Daerah Bandar Baharu
Negeri Kedah Darul Aman

Geografi[sunting | sunting sumber]

Map

Desa KEDA Leret terletak di kawasan lembah yang dikelilingi dengan bukit.  Terdapat juga kedudukan tanah yang landai menyebabkan kawasan seluas 21.16ha ini telah diusahakan dengan tanaman buah-buahan seperti durian.

Kepimpinan[sunting | sunting sumber]

Desa-desa KEDA yang diwujudkan mempunyai Jawatankuasa Pasukan Perancang Pelaksana Program (4P) dipilih melalui Mesyuarat Agung 4P yang diadakan 2 tahun sekali bagi merancang dan melaksanakan program atau aktiviti untuk pembangunan Desa KEDA ke arah melahirkan komuniti yang sejahtera. Pejabat KEDA Zon 9, Bandar Baharu yang diketuai oleh Pegawai Pembangunan Zon dan seorang penyelia merupakan wakil KEDA yang dipertanggungjawab untuk membangunkan Desa KEDA Leret. Penyelia kampung  akan berhubung dengan Jawatankuasa 4P yang akan membantu pelaksanaan program dan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa. Jawatankuasa 4P terdiri daripada 15 ahli jawatankuasa iaitu Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan 11 Biro yang membantu KEDA melancarkan perjalanan program demi memastikan kesejahteraan penduduk.

Senarai Ahli Jawatankuasa 4P Desa KEDA Leret[sunting | sunting sumber]

Senarai Ahli Jawatankuasa 4P Desa KEDA Leret bagi sesi 2022/2024 adalah seperti berikut :

Jawatan Penyandang
Pengerusi Mohd Zakaria bin Ismail
Timbalan Pengerusi Mohd Rusni bin Mat Saad
Setiausaha Asiah binti Mohamad
Bendahari Sulaiman bin Primen
Biro Agama Zaini bin Saad
Biro Keselamatan Jamaludin bin Mat Saad
Biro Pembangunan Nasir bin Mohd Saad
Biro Ekonomi Khirudin bin Ismail
Biro Pendidikan Siti Jamilah binti Yusof
Biro Sosial & Kebudayaan Sarah Dina binti Abdullah
Biro Belia, Sukan & Rekreasi Syafik bin Ahmad
Biro Kebajikan Zainab binti Ahmad
Biro Hal Ehwal Wanita Hasimah binti Man
Biro Kesihatan Hanizah binti Hashim
Biro Kebersihan & Keceriaan Badrul bin Othman

Maklumat Penduduk[sunting | sunting sumber]

Maklumat penduduk Desa KEDA Leret adalah seperti berikut :

Perkara Bilangan (Orang)
Jumlah Keseluruhan Penduduk 264
Jumlah Keluarga 66
Bilangan Penduduk Lelaki 112
Bilangan Penduduk Perempuan 152

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Tahap pendidikan penduduk Desa KEDA Leret adalah seperti berikut :

Kelulusan Bilangan (Orang)
Sijil Kemahiran / STPM / STAM 15
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 18
Penilaian Menengah Rendah (PMR) 34
Jumlah 67

Pendapatan Kasar Isi Rumah[sunting | sunting sumber]

Penduduk Desa KEDA Leret dikategorikan sebagai Penduduk Luar Bandar Semenanjung Malaysia yang berpendapatan rendah. Rata-rata penduduk merupakan golongan B40 yang berpendapatan rendah. Pendapatan Kasar Isi Rumah adalah seperti berikut :

Purata Pendapatan (RM) Bilangan Penduduk (Orang)
<RM530.00 Tiada
RM531.00 - RM790.00 28
RM791.00 – RM1,319.00 29
>RM1,319.00 Tiada

Kegunaan Tanah[sunting | sunting sumber]

Secara keseluruhannya, pembangunan tanah untuk Desa KEDA Leret ialah sebanyak 4.94ha yang merangkumi tapak kediaman seluas 31193 meter persegi, kawasan pertanian, penternakan dan perikanan seluas 7ha, lot kosong dan rekreasi seluas  2792 meter persegi.

Hak Milik Penduduk[sunting | sunting sumber]

Bilangan kenderaan yang dimiliki penduduk adalah seperti berikut :

Jenis kenderaan Bilangan (Unit)
Kereta 72
Motosikal 127
Van 2

Kemudahan Asas[sunting | sunting sumber]

Dari segi infrastruktur, jalan kampung berturap sedia ada 5 km, lampu jalan 20 unit. Bekalan air terawat dalam kategori Sistem Bekalan Air Awam merangkumi semua rumah iaitu 66 buah rumah. Bekalan elektrik dalam kategori grid sedia ada digunakan oleh semua rumah kediaman. Sistem pembentungan menggunakan Tandas Sanitasi yang dilengkapi dengan rumah tandas dan slab, paip penyambung outlet, tangki najis/ septik dan bekalan air.

Dari segi capaian/ akses liputan, talian internet ada dan tahap kepuasan baik. Telefon bimbit ada dan tahap kepuasan baik manakala siaran televisyen dan radio ada dan tahap kepuasan baik.

Dari segi infra, Desa KEDA Leret dilengkapi surau 1 buah dan dewan orang ramai 1 buah.

Golongan Khas[sunting | sunting sumber]

Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dan Golongan Khas di Desa KEDA Leret adalah seperti berikut :

Perkara Bilangan (Orang)
OKU 2 (L) 1 (P)
Bapa Tunggal 6
Ibu Tunggal 14
Anak Yatim 5