Dezinformatsia (buku)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Dezinformatsia
Dezinformatsia
Dezinformatsia
Pengarang Richard H. Shultz dan Roy Godson
Tajuk asal Dezinformatsia: Active Measures in Soviet Strategy
Negara Amerika Syarikat
Bahasa Inggeris
Subjek Maklumat palsu
Genre bukan fiksyen
Penerbit Pergamon-Brassey's
Tarikh penerbitan
1984
Jenis media Paperback
Halaman 210
ISBN ISBN 978-0-08-031573-7
Diikuti oleh The Soviet Union and Revolutionary Warfare (1990)

Dezinformatsia: Active Measures in Soviet Strategy (dan edisi seterusnya diterbitkan sebagai Dezinformatsia: The Strategy of Soviet Disinformation) merupakan buku bukan fiksyen tentang penyebaran maklumat palsu dan peperangan maklumat yang digunakan oleh KGB pada zaman Kesatuan Soviet, sebagai sebahagian daripada taktik "langkah-langkah aktif" mereka. Buku itu dikarang oleh Richard H. Shultz, profesor politik antarabangsa di Univrersiti Tufts, bersama Roy Godson, profesor emeritus kerajaan di Universiti Georgetown.

Shultz dan Godson membahaskan taktik-taktik penyebaran maklumat palsu oleh Soviet termasuk menyuntikkan propaganda Komunis melalui kelompok-kelompok rahsia dalam KRSS yang ditugaskan untuk mengganggu aktiviti NATO dan AS. Buku ini menjelaskan kaedah-kaedah maklumat palsu termasuk pemalsuan, ejen-ejen pengaruh dan pengaruh sosial untuk memperkudakan sasaran. Perbincangan tertumpu pada aktiviti pemalsuan maklumat oleh perisik Soviet dari 1960 hingga 1980. Shultz dan Godson membincangkan kajian kes sebagai contoh-contoh pemalsuan maklumat Soviet, termasuk seorang jurnalis Perancis yang dibiayai secara rahsia oleh ejen Rusia untuk menerbitkan bahan-bahan bacaan yang memandang serong pada kepentingan barat, serta aktiviti-aktiviti Majlis Keamanan Dunia yang menutup rahsia. Kupasan mereka disokong dengan keterangan dua orang perisik Soviet yang berpaling tadah.

Majalah Foreign Affairs menggelar buku ini sebuah "kajian berguna" mengenai cara perisik Soviet menggunakan maklumat palsu untuk "memajukan matlamat strategiknya dalam menjatuhkan maruah Amerika serta melemahkan NATO". The Journal of Conflict Studies menyifatkannya sebagai "pengenalan yang berguna kepada sebuah bidang ilmu" yang penting bagi pakar-pakar keselamatan, komuniti perisikan AS, dan para diplomat. Society menggelar Dezinformatsia sebuah "buku yang amat boleh dibaca dan berwawasan". Political Science Quarterly pula mengkritik gaya penulisan dan kerapian metodologi buku tersebut.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]