Disco Dancer

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Disco Dancer
PengarahBabbar Subhash
PenulisDr. Rahi Masoom Reza
Deepak Balraj Vij
Dihasilkan olehBabbar Subhash
Tilotima Babbar Subhash
DibintangiMithun Chakraborty
Kim Yashpal
Rajesh Khanna
Om Puri
Gita Siddharth
Om Shivpuri
SinematografiNadeem Khan
Disunting olehMangesh Chavan
Shyam Gupte
Muzik olehBappi Lahiri (komposer)
Faruk Kaiser (lirik)
Syarikat
penerbitan
B. Subhash Movie Unit
Tarikh tayangan
  • 17 Disember 1982 (1982-12-17)
Masa tayangan
135 minit
NegaraIndia
BahasaHindi
Urdu[1]
Pecah panggung₹100.68 crore

Disco Dancer ialah filem India 1982 arahan Babbar Subhash, dibintangi Mithun Chakraborty dan Rajesh Khanna. Filem ini terkenal dengan lagu-lagu disko filmi yang digubah oleh Bappi Lahiri dan tarian Mithun. Lagu-lagu termasuk "I am a Disco Dancer", "Yaad Aa Raha Hai" dan "Goron Ki Na Kalon Ki" amat terkenal.

Filem ini berjaya di seluruh dunia. Ini merupakan salah satu filem India paling berjaya di Kesatuan Soviet, menarik hingga 63 juta penonton di sana. Di China, lagu-lagunya berjaya dan menerima penghargaan.

Filem ini dibikin semula dalam bahasa Tamil sebagai Paadum Vaanambaadi dan dalam bahasa Telugu sebagai Disco King.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

  • Mithun Chakraborty sebagai Anil / Jimmy
  • Kim Yashpal sebagai Rita Oberoi, kekasih Jimmy
  • Rajesh Khanna sebagai Master Raju, mentor Jimmy
  • Om Puri sebagai David Brown, pengurus Jimmy
  • Om Shivpuri sebagai P.N. Oberoi
  • Gita Siddharth sebagai Radha, ibu Jimmy
  • Karan Razdan sebagai Sam
  • Kalpana Iyer sebagai Nikki Brown

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Tajuk lagu I am a Disco Dancer difilemkan di Natraj Studio di Mumbai lebih tiga hari, di mana babak yang menampilkan tandatangan Mithun Chakrobart. telah difilemkan. Penggambaran menampilkan adengan orang ramai difilemkan di Filmistan Studio di Mumbai.[2]

Lagu[sunting | sunting sumber]

Muzik filem ini diarahkan oleh Bappi Lahiri. Lagu-lagunya seperti berikut:

  1. "Goron Ki Na Kaalon Ki": Suresh Wadkar & Usha Mangeshkar
  2. "Auva Auva – Koi Yahaan Nache": Usha Uthup & Bappi Lahiri
  3. "Ae Oh Aa Zara Mudke": Kishore Kumar
  4. "Krishna Dharti Pe Aaja Tu": Nandu Bhende
  5. "I Am a Disco Dancer": Vijay Benedict
  6. "Jimmy Jimmy Jimmy Aaja": Parvati Khan
  7. "Yaad Aa Raha Hai" Bappi Lahiri

Lagu "Auva Auva" dipengaruhi oleh lagu synthpop Inggeris 1979 "Video Killed the Radio Star" oleh The Buggles.

Lagu "Krishna Dharti Pe Aaja Tu" dipengaruhi oleh "Jesus" oleh Tielman Brothers.

Penyanyi Inggeris keturunan Sri Lanka M.I.A. merakamkan semula "Jimmy Jimmy Aaja" sebagai "Jimmy" pada tahun 2007 untuk albumnya Kala. Muzik lagu ini juga digunakan dalam filem You Don't Mess with the Zohan (2008).

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Aḵẖtar, Jāvīd; Kabir, Nasreen Munni (2002). Talking Films: Conversations on Hindi Cinema with Javed Akhtar (dalam bahasa Inggeris). Oxford University Press. m/s. 49. ISBN 9780195664621. most of the writers working in this so-called Hindi cinema write in Urdu: Gulzar, or Rajinder Singh Bedi or Inder Raj Anand or Rahi Masoom Raza or Vahajat Mirza, who wrote dialogue for films like Mughal-e-Azam and Gunga Jumna and Mother India. So most dialogue-writers and most song-writers are from the Urdu discipline, even today.
  2. ^ "On a disco high!". Pune Mirror. Dicapai pada 2014-04-29.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]