Diskaun tanpa tuntutan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Diskaun tanpa tuntutan atau non claim discount (NCD) ialah skim ganjaran kepada pemegang polisi insurans apabila mereka tidak membuat tuntutan bagi polisi tersebut dalam tempoh 12 bulan sebelum ini. Ia juga dipanggil "sistem bonus-malus" (BMS).

Kadar NCD[sunting | sunting sumber]

Kadar NCD boleh mencecah sehingga 55 peratus daripada nilai premium bagi kereta persendirian dan sehingga 25 peratus bagi pemilik motosikal.

Malaysia[sunting | sunting sumber]

Pemilik kenderaan boleh memeriksa status diskaun tanpa tuntutan bagi polisi insurans kenderaan masing-masing menerusi talian (online) secara percuma. Laman web ini ialah www.ism.net.my.

Perkhidmatan ini dikendalikan oleh Insurance Service Malaysia (ISM) sejak 1 Januari 2010. Ketua Pegawai Eksekutifnya ialah Carl Rajendram. Pemilik kenderaan dapat menyemak status NCD masing-masing, sekaligus mengelak kemungkinan berlaku penipuan yang sering berlaku sebelum ini.

Biasa berlaku, pemilik kenderaan sering diminta membuat bayaran penuh untuk memperbaharui polisi insurans kenderaan sebelum peratusan kelayakan NCD disemak oleh syarikat insurans.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]