DisplayPort

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kabel DisplayPort

DisplayPort ialah sejenis antara muka paparan digital yang dibangunkan oleh VESA. Antara muka ini digunakan untuk menyambungkan sumber video dengan peranti paparan contohnya monitor komputer. Ia juga boleh digunakan untuk membawa isyarat audio, USB, serta bentuk data lain.

Ia direka oleh VESA bagi menggantikan VGA, DVI dan FPD-Link. Teknologi ini masih boleh digunakan bersama VGA, DVI dan HDMI menerusi penggunaan penyesuai aktif mahupun pasif.

Versi[sunting | sunting sumber]

1.0 hingga 1.1[sunting | sunting sumber]

Versi pertama iaitu 1.0 telah diluluskan oleh VESA pada 3 Mei 2006. Versi 1.1a kemudiannya menyusul pada 2 April 2007.

DisplayPort 1.0 membenarkan kadar data sehingga 8.64 Gbit/s sepanjang kabel berukuran 2 meter. Dengan DisplayPort 1.1, pelaksanaan lapisan pautan alternatif seperti gentian optik boleh dipakai bagi membolehkan jarak antara sumber dan paparan yang lebih jauh tanpa kemerosotan isyarat. Pun begitu, pelaksanaan alternatif adalah tidak dipiawaikan. DisplayPort 1.1 juga menyertakan HDCP bersama-sama dengan Perlindungan Kandungan DisplayPort (DisplayPort Content Protection, DPCP). Tentuan DisplayPort 1.1a boleh dimuat turun secara percuma dari tapak web VESA.

1.2[sunting | sunting sumber]

DisplayPort versi 1.2 telah diluluskan pada 22 Disember 2009. Penambahbaikan yang paling ketara dalam versi baru ini ialah lebar jalur berkesannya telah ditingkatkan kepada 17.28 Gbit/s dalam mod High Bit Rate 2 (HBR2), yang membolehkan resolusi yang lebih tinggi, kadar segar semula yang lebih kerap, serta kedalaman warna yang besar.

1.3[sunting | sunting sumber]

DisplayPort versi 1.3 telah diluluskan pada 15 September 2014. Piawaian ini meningkatkan lebar jalur penghantaran keseluruhan kepada 32.4 Gbit/s dengan mod HBR3 yang menampilkan 8.1 Gbit/s bagi setiap lorong (5.4 Gbit/s dengan HBR2 dalam versi 1.2), menghasilkan daya pemprosesan data sebanyak 25.92 Gbit/s termasuk 8b/10b tambahan untuk pengekodan.

1.4[sunting | sunting sumber]

DisplayPort 1.4 telah diterbitkan pada 1 Mac 2016. Tiada mod penghantaran baharu diperkenalkan, jadi HBR3 (32.4 Gbit/s) yang diperkenalkan dalam versi 1.3 kekal sebagai mod terpantas yang tersedia.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]