Distinguished Service Medal (Tentera Darat A.S.)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pingat DSM
Distinguished Service Medal yang terkini
Reben DSM
Reben Distinguished Service Medal
Pingat dan Reben Distinguished Service Medal atau Pingat Khidmat Cemerlang

Distinguished Service Medal (DSM) atau Pingat Khidmat Cemerlang ialah Anugerah kebesaran tentera ketiga tertinggi dalam Tentera Darat Amerika Syarikat yang dikurniakan kepada sesiapa sahaja, sewaktu berkhidmat dalam apa jua keadaan bersama Angkatan Tentera Amerika Syarikat, telah menaikkan dirinya dengan perkhidmatan yang sangat berjasa kepada Kerajaan dalam tugas yang sangat bertanggungjawab. Prestasi ini mestilah wajar mendapat pengiktirafan bagi perkhidmatan yang luar biasa. Prestasi tugas normal yang luar biasa tidak akan menjustifikasikan anugerah bagi pingat ini.[1]

Distinguished Service Medal yang berasingan wujud diantara cabang tentera yang berlainan dan satu versi kelima medal ini merupakan anugerah kanan Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat. Versi tentera darat Distinguished Service Medal lazimnya dirujuk sebagai "Distinguished Service Medal" manakala cabang tentera yang lain menggunakan nama perkhidmatan sebagai nama awalan.

Bagi khidmat yang tiada kaitan dengan perang sebenar, istilah "tugas ialah satu tanggungjawab besar" digunakan untuk pelbagai jawatan yang lebih jauh daripada jawatan pada masa perang, dan memerlukan bukti penting pencapaian yang mudah dilihat. Bagaimanapun, justifikasi anugerah ini boleh terakru oleh sebab perkhidmatan yang sangat berjasa dalam penggantian bagi jawatan tinggi yang amat penting.

Anugerah mungkin diberikan kepada orang selain daripada anggota Angkatan Tentera Amerika Syarikat bagi perkhidmatan perang sahaja, dan kemudian hanya dalam keadaan yang luar biasa, dengan kelulusan segera daripada Presiden dalam setiap kes.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]