Doctor Who

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Doctor Who
Format Drama cereka sains
Pencipta Sydney Newman
C. E. Webber
Donald Wilson
BBC
Dibintangi Doktor
(kini Matt Smith)
Ramai teman
Karen Gillan
Arthur Darvill
Lagu pembukaan Muzik tema Doctor Who digubah oleh Ron Grainer
Lagu penutup Muzik tema Doctor Who (ulangan)
Negara asal United Kingdom
Bilangan siri 31
Bilangan episod 766 (sehingga 5 Jun 2010) (Senarai episod)
Penerbitan
Tempoh siaran 25 min. (1963–1984, 1986–1989)
45 min. (1985, 2005–kini)
pelbagai tempoh lain
Penyiaran
Saluran asal BBC tv (kini BBC One)
Format gambar hitam putih 405-baris (1963–1967)
hitam putih 625-baris (1968–1969)
PAL warna 625-baris (1970–1989)
16:9 720x576 (2005–kini)
Siaran asal Siri asal:
23 November 1963
6 Disember 1989
Wayang Televisyen:
12 Mei 1996
Siri kiri:
26 Mac 2005 – kini
Kronologi
Rancangan berkaitan K-9 and Company
Torchwood
The Sarah Jane Adventures
K-9
Doctor Who Confidential
Totally Doctor Who
Pautan luar
Tapak sesawang rasmi

Doctor Who merupakan sebuah siri televisyen British yang dihasilkan oleh BBC. Siri ini menonjolkan pengembaraan seorang Time Lord; seorang pengembara masa yang hanya dikenali sebagai Doctor. Beliau mengembara di seluruh alam di dalam TARDIS, mesin masa telepati yang bernyawa dan mampu untuk terbang di dalam vortex masa. Dari pandangan luar, ia berbentuk seperti pondok telefon di Britain. Bersama dengan sejumlah teman, Doctor sering bertemu dengan pelbagai musuh sementara cuba menyelamatkan tamadun, menyelamatkan orang biasa, dan membetulkan perkara yang salah.

Rancangan ini memberikan impak yang signifikan kepada kebudayaan Britain, dan telah diketahui memberi pengaruh kepada ramai ahli profesional televisyen yang menonton rancangan ini sejak dari kecil lagi. Pada asalnya, siri ini disiarkan bermula dari tahun 1963 sehingga 1989. Selepas kegagalan bagi mencetuskan semula siri ini dengan filem televisyen pada tahun 1996, rancangan ini dilancarkan semula oleh Russell T Davies yang mana kekal menjadi penggerak siri ini bagi 5 tahun pertama selepas pelancarannya. Siri pertama disetkan kepada Bumi di abad ke 21, dan Christopher Eccleston dipilih menjadi Doctor yang kesembilan.

Sebelas pelakon telah membintangi rancangan ini sebagai Doctor. Pertukaran dari seorang pelakon kepada pelakon yang seterusnya seringkali dimasukkan ke dalam plot penceritaan, dan digambarkan sebagai regenerasi, satu proses yang seorang Time Lord akan bertukar jasad, dan kadangkala personaliti baru. Walaupun setiap satu Doctor digambarkan dengan perwatakan yang berbeza-beza, namun setiap satunya merupakan satu entiti yang sama. Doctor kini dipegang wataknya oleh Matt Smith, yang mana mengambil watak tersebut selepas kemunculan terakhir David Tennant pada 1 Januari 2010.


Watak[sunting | sunting sumber]

Doktor[sunting | sunting sumber]

Sepuluh wajah Doctor Who

Watak Doktor asalnya penuh dengan misteri.

  1. Doktor pertama, dilakonkan oleh William Hartnell (1963–1966)
  2. Doktor kedua, dilakonkan oleh Patrick Troughton (1966–1969)
  3. Doktor ketiga, dilakonkan oleh Jon Pertwee (1970–1974)
  4. Doktor keempat, dilakonkan oleh Tom Baker (1974–1981)
  5. Doktor kelima, dilakonkan oleh Peter Davison (1981–1984)
  6. Doktor keenam, dilakonkan oleh Colin Baker (1984–1986)
  7. Doktor ketujuh, dilakonkan oleh Sylvester McCoy (1987–1989)
  8. Doktor kelapan, dilakonkan oleh Paul McGann (1996)
  9. Doktor kesembilan, dilakonkan oleh Christopher Eccleston (2005)
  10. Doktor kesepuluh, dilakonkan oleh David Tennant (2005–2009)
  11. Doktor kesebelas, dilakonkan oleh Matt Smith (2009–kini)