Domain masa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Transform Fourier mengaitkan domain masa fungsi (merah) dengan domain frekuensi fungsi (biru). Frekuensi-frekuensi komponen yang terpencar ke seluruh spektrum frekuensi digambarkan sebagai puncak-puncak dalam domain frekuensi.

Domain masa merupakan analisis fungsi matematik, isyarat fizikal atau siri masa data ekonomi atau alam sekitar yang berkenaan dengan masa. Dalam domain masa, nilai isyarat atau fungsi diketahui dengan semua nombor nyata dalam hal masa selanjar, ataupun pada pelbagai kejadian yang berasingan dalam hal masa diskret. Osiloskop merupakan alat yang umum digunakan untuk menggambarkan isyarat alam nyata dalam domain masa. Graf domain masa memaparkan bagaimana suatu isyarat berubah mengikut peredaran masa, sementara graf domain frekuensi memaparkan berapa banyak daripada isyarar itu terletak di dalam setiap jalur frekuensi dalam suatu julat frekuensi.

Asal-usul istilah[sunting | sunting sumber]

Penggunaan istilah domain masa dan domain kekerapan berkembang dalam kejuruteraan komunikasi Amerika Syarikat pada lewat 1940-an, apabila istilah-istilah itu muncul bersama-sama tanpa takrifan pada tahun 1949.[1] Apabila sesebuah analisis menggunakan saat atau mana-mana satu pekalinya sebagai unit ukuran, maka ianya dalam domain masa. Apabila analisis berkenaan dengan unit-unit salingan seperti Hertz, maka ianya dalam domain frekuensi.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Y. W. Lee, T. P. Cheatham, Jr., and J. B. Wiesner (1949) The Application of Correlation Functions in the Detection of Small SIgnals in Noise, MIT Research Laboratory of Electronics, Technical Report No. 141.

Templat:Statistik