Pergi ke kandungan

Drop The Beat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Drop The Beat adalah rancangan game show lip sync terbitan Media Prima di tahun 2018.[1] Ianya dikendalikan oleh Sherry Al Hadad dan Dennis Yin dan juri tetapnya adalah Nabila Huda.[2] Ianya bersiaran bermula 10 Mac 2018 di NTV7 pada jam 8.30 malam.Rancangan yang bersiaran setiap sabtu ini menampilkan 24 selebriti Malaysia .Mereka akan menyahut cabaran persembahan lip sync dan merebut gelaran juara dan membawa pulang trofi dan wang tunai RM50,000.

Selama 10 episod, penonton akan dihiburkan dengan persembahan lip sync bertema dari 24 artis popular antaranya Saharul Ridzwan, Elfira Loy, Izzue Islam, Hafidz Roshdi, Erwin Dawson, Shah Iskandar, Lia Natalia, Azrel Ismail, Mark Adam, Iswan Ismail, Azira Shafinaz, Elly Mazlein, Kilafairy, Eyka Farhana, Nadia Aqilah, Naim Daniel, Gambit Saifullah, Nonny Nadirah, Fezrul Khan, Shiqin Kamal, Sweet Qismina, Balqis Mentor, Harris Alif dan Ainul Aishah.

Drop The Beat dibahagikan kepada tiga pusingan iaitu pusingan kelayakan, pusingan separuh akhir dan pusingan akhir. Menerusi pusingan kelayakan, hanya enam pemenang akan dipilih ke peringkat separuh akhir. Namun contender yang tidak berjaya melepasi pusingan kelayakan, masih berpeluang untuk ke separuh akhir menerusi pusingan Second Chance. Di pusingan separuh akhir, hanya lapancontender akan bertanding untuk merebut empat tempat di pusingan akhir di mana hadiah wang tunai sebanyak RM 50,000 berserta trofi dijadikan taruhan.

Naib Juara juga tidak akan pulang dengan tangan kosong kerana akan menerima wang tunai berjumlah RM10,000 manakala tempat ketiga dan keempat masing-masing akan membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 dan RM3,000.

Menerusi pusingan kelayakan (Episod 1 – Episod 6), empat contender akan diberikan dua cabaran iaituLip Sync Mengikut Tema dan Lip Sync Spontan. Mereka juga akan bersaing dalam pusingan Game di mana beberapa cabaran akan diberikan dalam pusingan ini antaranya Humming Challenge, Bisik-Bisik, Lirik Dalam lagu, Translate Lagu ini, Go-Stan lagu, Certeka dan banyak lagi. Satu peserta yang mendapat markah tertinggi daripada juri akan mara ke pusingan separuh akhir.

Pusingan Second Chance pula bakal menyaksikan contender yang tidak berjaya di pusingan kelayakan diberikan peluang kedua untuk beraksi bagi merebut dua tempat ke peringkat separuh akhir.

Pada pusingan separuh akhir (Episod 8 dan 9), empat contender akan bersaing pada setiap episod dan perlu melalui tiga cabaran iaitu Lip Sync Mengikut Tema, Sudden Death dan Lip Sync Spontan.

Pentas Akhir Drop The Beat pula akan menyaksikan empat contender membuat persembahan menerusi Lip Sync Mengikut Tema (Duet) di mana contender dibenarkan membawa rakan selebriti ke pentas untuk membantu persembahan mereka dan menerusi pusingan Lip Sync Solo. Contender juga akan diberikan peluang untuk mendapatkan markah tambahan dalam pusingan Game.

Penonton pastinya akan terhibur dengan aksi bersahaja selebriti-selebriti kesayangan mereka membawakan tema-tema yang dipersembahkan dalam Drop The Beat. Antara tema yang akan dipersembahkan ialah Kpop, Era Hitam Putih, Rock, Music Icon, Dance Dance Dance, Wayang Lebih, Hip Hop, Bollywood, dan Irama Malaysia.

Minggu Contender Pemenang
Minggu 1

(10 Mac 2018)

PUSINGAN 1 (TEMA KPOP)

Juri Jemputan : Hafiz Hatim

Balqis Mentor (2)

Hafidz Roshdi (3)

Saharul RIdzwan(4)

Elly Mazlein(1)

Elly Mazlein
Minggu 2

(17 Mac 2018)

PUSINGAN 2 (TEMA ERA HITAM PUTIH)

Juri Jemputan : Tony Eusoff

Nadia Aqilah (1)

Shah Iskandar (3)

Eyka Farhana (4)

Harris Alif (2)

Nadia Aqilah
Minggu 3

(24 Mac 2018)

PUSINGAN 3 (TEMA ROCK)

Juri Jemputan : AG Coco

Erwin Dawson (2)

Azrel Ismail (3)

Sweet Qismina (1)

Ainul Aishah(4)

Sweet Qismina
Minggu 4

(31 Mac 2018)

PUSINGAN 4 (TEMA MUZIK IKON)

Juri Jemputan : Kuah Jenhan

Fezrul Khan (2)

Iswan Ismail (4)

Elfira Loy (1)

Kilafairy (3)

Elfira Loy
Minggu 5

(14 April 2018)

PUSINGAN 5 (TEMA DANCE DANCE DANCE)

Juri Jemputan : Tomok

Azira Shafinaz (1)

Naim Daniel (4)

Izzue Islam (2)

Lia Natalia (3)

Azira Shafinaz
Minggu 6

(21 April 2018)

PUSINGAN 6 (TEMA WAYANG LEBIH)

Juri Jemputan: Fatimah Abu Bakar

Gambit Saifullah (3)

Mark Adam (1)

Shiqin Kamal (2)

Nonny Nadirah (4)

Mark Adam
Minggu 7

(28 April 2018)

PUSINGAN SECOND CHANCE (TEMA HIP HOP)

Juri Jemputan: Altimet

Izzue Islam (2)

Shiqin Kamal (4)

Saharul Ridzwan(3)

Harris Alif(1)

Harris Alif & Izzue Islam

(layak ke separuh akhir)

Minggu 8

(4 Mei 2018)

PUSINGAN SEPARUH AKHIR 1(TEMA BOLLYWOOD)

Juri Jemputan: Shuk Hot FM

Elly Mazlein(3)

Saharul Ridzwan(4)

Sweet Qismina(1)

Izzue Islam(2)

Sweet Qismina & Izzue Islam

(layak ke pusingan akhir)

Minggu 8

(5 Mei 2018)

PUSINGAN SEPARUH AKHIR 2 (TEMA IRAMA MALAYSIA)

Juri Jemputan:Noraniza Idris

Mark Adam (2)

Azira Shafinaz(1)

Elfira Loy(4)

Harris Alif(3)

Azira Shafinaz & Mark Adam

(layak ke pusingan akhir)

Minggu 9

(12 Mei 2018)

PUSINGAN AKHIR(TEMA K-POP)

Juri Jemputan: Noh Salleh & Zulin Aziz

Sweet Qismina(4-RM3000)

Izzue Islam(3-RM5000)

Azira Shafinaz(1-RM50,000)

Mark Adam(2-RM10,000)

AZIRA SHAFINAZ

(Juara)

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]