Dua darjat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Gambaran dua darjat dalam konflik Israel-Palestin.

Dua darjat (Bahasa Inggeris: double standard) ialah penerapan layanan atau prinsip yang berbeza dalam situasi yang pada dasarnya sama.[1] Konsep ini sering digunakan untuk menggambarkan layanan di mana satu kumpulan diberi layanan berat sebelah berbanding pihak-pihak lain.[2] Konsep ini timbul apabila dua atau lebih orang, kumpulan, organisasi, keadaan, atau peristiwa diperlakukan secara berbeza walaupun sepatutnya diperlakukan dengan cara yang sama.[3] Margaret Eichler, pengarang The Double Standard: A Feminist Critique of Feminist Social Science, menjelaskan bahawa dua darjat "membayangkan bahawa dua perkara yang sama diukur oleh piawaian yang berbeza".[4]

Penerapkan prinsip yang berbeza untuk situasi yang serupa mungkin atau tidak menunjukkan konsep dua darjat. Dalam membezakan antara penerapan dua darjat dan penerapan betul standard berlainan terhadap keadaan yang sama, beberapa faktor mesti dikaji. Salah satunya adalah kesamaan keadaan itu - yakni persamaan serta perbezaan antara dua situasi berkenaan. Satu faktor lagi ialah sistem falsafah atau kepercayaan yang mempengaruhi prinsip mana yang patut diterapkan dalam keadaan tersebut. Piawaian yang berbeza dapat diterapkan pada situasi yang dilihat serupa berdasarkan kebenaran atau fakta yang memenuhi syarat yang, setelah diperiksa lebih teliti, menjadikan situasi tersebut berbeza (seperti kenyataan fizikal dan tuntutan moral). Namun, jika situasi yang serupa telah diperlakukan mengikut prinsip yang berbeza dan tidak ada kebenaran, fakta atau prinsip yang membezakan situasi tersebut, maka konsep dua darjat telah dianggap diterapkan.

Sekiranya dikenal pasti dengan betul, dua darjat dilihat sebagai masalah negatif kerana biasanya menunjukkan sikap hipokrit, berat sebelah dan/atau ketidakadilan yang membawa kepada tingkah laku bersifat sedemikian.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Definition of double standard". dictionary.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-07-27.
  2. ^ (no author). "double standard" (Web article). collinsdictionary.com. HarperCollins Publishers. Dicapai pada 3 March 2019.
  3. ^ "double standard Meaning in the Cambridge English Dictionary". dictionary.cambridge.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 9 June 2018.
  4. ^ Eichler, Margaret (1980). The Double Standard: A Feminist Critique of Feminist Social Science (Print) (dalam bahasa Inggeris). London, U.K.: Croom Helm. m/s. 15. ISBN 978-0-85664-536-5.