E=mc²

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Arca formula Einstein E=mc² di Jerman

E=mc² atau secara penuhnya Kesetaraan jisim-tenaga[1] (bahasa Inggeris: Mass-energy equivalence) ialah satu konsep yang dipopularkan oleh Albert Einstein. Konsep ini membawa maksud bahawa semua jisim setara dengan tenaga dan semua tenaga setara dengan jisim. Ini dapat diungkap mengikut formula kerelatifan khas kesetaraan jisim-tenaga.

E = mc²

yang mana

Persamaan ini sering dianggap berpunca dari Albert Einstein yang membentangkannya dalam Kertas kerja Annus Mirabilis pada 1905, walaupun Einstein bukan orang pertama yang mencadangkan hubungan antara jisim dan tenaga.

Dalam formula ini, c² ialah faktor kesetaraan yang diperlukan untuk mengubah unit kuantiti untuk kepada unit tenaga.

Penjimatan jisim dan tenaga[sunting | sunting sumber]

Konsep kesetaraan jisim-tenaga merupakan konsep mengubah penjimatan jisim dan penjimatan tenaga. Ini membolehkan jisim diubah kepada sejenis tenaga aktif (seperti dalam tenaga kinetik, haba, atau cahaya) walaupun masih kekal sebagai jisim.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kesetaraan jisim-tenaga. Diperolehi pada 3 Mei 2007.