EEPROM

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
STMicro M24C02, EEPROM jenis bersiri I²C

EEPROM, singkatan bagi ingatan baca sahaja boleh atur cara-padam secara elektrik (Inggeris: electrically-erasable programmable read-only memory), ialah sejenis ingatan tak meruap yang digunakan dalam komputer, dalam mikropengawal bagi kad pintar dan sistem kawalan jauh tanpa kunci, serta peranti elektronik lain untuk menyimpan sejumlah data yang agak kecil sementara membolehkan satu-satu bait untuk dipadam dan diaturcara semula.

EEPROM terdiri daripada sekumpulan transistor pagar apung. EEPROM boleh diaturcara dan dipadam dalam litar dengan menyalurkan signal pengaturcaraan tertentu. Asalnya, EEPROM hanya terhad kepada operasi satu bait yang membuatkannya lebih perlahan, tetapi EEPROM moden boleh menjalankan operasi halaman berbilang bait. Ia juga mempunyai jangka hayat terhad bagi pemadaman dan pengaturcaraan semula, kini mencapai sejuta operasi dalam EEPROM moden. Bagi EEPROM yang kerap diaturcara semula ketika komputer itu sedang digunakan, jangka hayat EEPROM perlu diambil kira dalam reka bentuk komputer tersebut.

Tidak seperti kebanyakan jenis ingatan tak meruap yang lain, EEPROM biasanya boleh memadam satu-satu bait (atau perkataan) dan menulisnya semula satu-persatu, sementara ingatan kilat padam sesetengah kawasan dalam peranti tersebut serentak.