Edwin Mellen Press

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Edwin Mellen Press adalah syarikat penerbitan bertempat di Lewiston, New York yang ditubuhkan oleh sarjana agama, Herbert Richardson.[1] Ia menggambarkan dirinya sebagai "penerbit akademik buku bukan subsidi dalam bidang kemanusiaan dan sains sosial[2] tetapi telah digambarkan oleh orang lain sebagai vanity press (cetakan riak).[3][4]

Edwin Mellen Press telah dikritik kerana mengambil tindakan undang-undang terhadap pengkritiknya. Pada tahun 1993 ia memula saman fitnah terhadap majalah Lingua Franca, tetapi ia kalah.[5] Pada tahun 2012 ia menfile saman yang sama untuk $3.5 million terhadap Universiti McMaster dan pustakawan yang bertugas pada tahun 2011 ke atas posting blog beliau yang dibuat pada tahun 2010.[6] Samannya telah dikritik oleh Persatuan Guru Universiti Kanada dan lain-lain sebagai satu percubaan untuk menggunakan tindakan undang-undang untuk menutup mulut para pengkritik yang mengamalkan kebebasan akademik.[3][7] Satu bantahan disuarakan oleh Martha Reineke, seorang profesor dalam bidang agama di Universiti Utara Iowa, menfail petisyen yang menuntut Edwin Mellen Press menggugurkan tindakan undang-undang yang telah mengumpul lebih daripada 3,100 nama 4 Mac, 2013. Pada tarikh tersebut Edwin Mellen Press mengumumkan bahawa ia telah membatalkan saman terhadap Universiti McMaster dan Dale Askey, tetapi tuntutan mahkamah terhadap Askey masih berlangsung.

Pada 21 Mac, 2013, Edwin Mellen Press mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap The Society for Scholarly Publishing karena didakwa membjuat komen memfitnah dalam blog The Scholarly Kitchen. The Scholarly Kitchen membuang kandungan yang dipersoalkan dari laman web pada 29 Mac, 2013 namun kandungan post tersebut dipulihkan semula, walaupun tidak mengandungi komen yang dikatakan sebagai libel, beberapa hari kemudian, dan menerbitkan sebuah blog post menjelaskan tindakannya. Pada bulan April 2013, Press mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap dekan perpustakaan interim dari Universiti Utah, kerana posting blog beliau mengkritik tindakan Edwin Mellan Press mengambil tindakan undang-undang terhadap Askey.

Aspek awal kontroversi ini telah dikaji oleh ahli sosiologi Kenneth Westhues dalam bukunya The Envy of Excellence: Administrative Mobbing of High Achieving Professors, tajuk yang diterbitkan oleh Edwin Mellen Press.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • "The Edwin Mellen Press Contact Details". Edwin Mellen Press. 2008. Retrieved 2008-11-11.
  • "The Edwin Mellen Press". Edwin Mellen Press. 2008. Retrieved 2008-11-11.
  • Flaherty, Colleen (8 February 2013). "Price of a Bad Review". Inside Higher Ed.
  • LinguaFranca
  • Reid, Paul H., Jr. (2006). The Edwin Mellen Press Versus Lingua Franca: A Case Study in the Law of Libel. Lewiston, N.Y.: Edwin Mellen Press. ISBN 0773454462.
  • The Edwin Mellen Press vs. Dale Askey and McMaster University (Ontario Superior Court 2012). Text
  • New, Jake (8 February 2013). "Edwin Mellen Press Sues University Librarian for Libel". The Chronicle of Higher Education.
  • Ruf, Cory (4 March 2013). "Book publisher to drop lawsuit against McMaster librarian". CBC News. Retrieved 4 March 2013.
  • Price, Gary (4 March 2013). "Edwin Mellen Press Drops Lawsuit Against McMaster Librarian Dale Askey". Infodocket. Retrieved 4 March 2013.
  • Anderson, Kent. "Posts Removed Because We’ve Received Letters From Edwin Mellen Press’ Attorney". The Scholarly Kitchen. Retrieved 29 March 2013.
  • Price, Gary. "The Scholarly Kitchen Removes Posts Re: Edwin Mellen Publishers, Following Letter from Lawyer". InfoDocket. Library Journal. Retrieved 29 March 2013.
  • Meyer, Carol Anne. "SSP Board Decides to Reinstate Removed Posts". The Scholarly Kitchen. Retrieved 4 April 2013.
  • Ry Rivard, "Call in the Lawyers", Inside Higher Ed, 1 April 2013
  • Westhues, Kenneth (2006). The Envy of Excellence: Administrative Mobbing of High-Achieving Professors. Edwin Mellen Press. ISBN 978-0773459793.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "The Edwin Mellen Press Contact Details". Edwin Mellen Press. 2008. Dicapai pada 2008-11-11.
  2. ^ "The Edwin Mellen Press". Edwin Mellen Press. 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-11-07. Dicapai pada 2008-11-11.
  3. ^ a b Flaherty, Colleen (8 February 2013). "Price of a Bad Review". Inside Higher Ed.
  4. ^ LinguaFranca
  5. ^ Reid, Paul H., Jr. (2006). The Edwin Mellen Press Versus Lingua Franca: A Case Study in the Law of Libel. Lewiston, N.Y.: Edwin Mellen Press. ISBN 0773454462.
  6. ^ Templat:Cite court
  7. ^ New, Jake (8 February 2013). "Edwin Mellen Press Sues University Librarian for Libel". The Chronicle of Higher Education.