Ejawi.net

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Ejawi (Jawi: ايجاوي) merupakan satu aplikasi berasaskan web yang menggunakan tulisan jawi sebagai medium utamanya. Ejawi.net merangkumi beberapa bahagian iaitu Portal Jawi, Converter, Keyboard Jawi, Forum Jawi dan lain-lain.

Pengenalan[sunting | sunting sumber]

Ejawi.net telah dilancarkan pertama kalinya pada 20 Mac 2006. Antara pengasas awal ejawi.net ialah Nik Muhammad Nik Abdul Kadir. Idea mewujudkan ejawi.net bermula selepas berjaya menyiapkan ejawi converter. Ini juga disebabkan belum terdapat mana-mana pihak lagi yang mewujudkan portal jawi sepenuhnya melainkan epondok.com.my suatu masa dahulu, maka pengasas mengambil inisiatif membangunkannya bagi meneruskan survival tulisan jawi di alam komuniti siber. Perkembangan hari demi hari amat memberangsangkan dengan jumlah pelawat unik setiap hari secara puratanya adalah 40-50 orang.

Komponen utama[sunting | sunting sumber]

Ejawi.net terbahagi kepada beberapa komponen penting yang menjadikan ia terkehadapan berbanding yang lain. Antaranya adalah Ejawi Converter, Portal, Forum, Keyboard Jawi Maya, Installer Keyboard Jawi Remapping bagi Windows XP.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]