Ekonomi hidrogen

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Ekonomi hidrogen merupakan salah satu daripada kaedah yang dicadangkan untuk menghasilkan kuasa bergerak (kereta, bot, pesawat), ataupun membekalkan kuasa elektrik kepada peralatan elektrik, dengan menindakbalaskan hidrogen (H2) dengan oksigen di mana hidrogen diperolehi melalui kaedah hidrolisis air. Jika tenaga yang digunakan untuk memecahkan air diambil dari sumber tenaga boleh dibaharui atau nuklear dan bukan bahan api fosil berasaskan karbon, ekonomi hidrogen dapat mengurangkan pengeluaran karbon dioksida dan dengan itu memainkan peranan penting dalam menangani pemanasan sejagat.

Dalam konteks ekonomi hidrogen, hidrogen merupakan medium penyimpanan tenga, bukan sumber tenaga utama.