Ekspatriat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Ekspatriat adalah mana-mana orang atau golongan yang hidup di negara-negara lain dimana ianya disebabkan kebolehan serta sumbangannya. Dalam penggunaan biasa, istilah ini sering digunakan dalam konteks 'profesional yang dihantar ke luar negara oleh syarikat-syarikat mereka', berbanding dengan kakitangan tempatan diupah. Dalam erti kata lain, ia disebabkan faktor-faktor sosio-ekonomi kerana profesional atau kemahiran yang tinggi maka ianya diterima oleh sesebuah negara dan termasuk di dalam golongan ekspatriat, manakala buruh manual yang telah berpindah ke negara lain untuk mendapatkan lebih banyak wang mungkin dilabelkan sebagai 'pendatang'. Tidak ada definisi yang khusus ditetapkan dan penggunaannya/maknanya tidak berbeza bergantung keutamaan dan konteks serta individu.

Akta Expatriasi AS tahun 1868 berkata dalam mukadimahnya, hak ekspatriat adalah hak semulajadi dan wujud buat semua orang yang amat diperlukan untuk menikmati hak kehidupan, kebebasan dan mengejar kebahagiaan. Dalam abad ke-19 dan awal abad ke-20, terdapat ramai rakyat Amerika yang tertarik dengan pusat budaya Eropah terutamanya Munich dan Paris. Pengarang Henry James, misalnya, menjadikan England sebagai rumahnya manakala Ernest Hemingway menjadikan Paris sebagai pilihannya.

Istilah 'ekspatriat' di sesetengah negara juga mempunyai konteks undang-undang yang digunakan untuk tujuan percukaian. Sesetengah ekspatriat boleh menerima layanan cukai yang khusus. Seseorang hanya boleh menjadi ekspatriat jika mereka berpindah ke negara lain daripada negara mereka sendiri untuk bekerja dengan niat untuk kembali ke negara asal mereka dalam tempoh tertentu.

Semasa era Nazi, terdapat banyak pelarian politik Jerman dari sayap kiri dan intelektual yang menjadi ekspatriat di negara lain, seperti Albert Einstein, Maria Graf Oskar, Willy Brandt, Thomas Mann dan lain-lain lagi.

Trend Ekspatriat[sunting | sunting sumber]

Separuh akhir abad ke-20, ekspatriat telah dikuasai oleh golongan profesional yang dihantar oleh majikan mereka kepada anak-anak syarikat atau ibu pejabat ke negara asing. Bermula pada akhir abad ke-20 globalisasi telah mewujudkan pasaran global untuk profesional mahir dan pendapatan golongan tersebut boleh dikatakan lumayan berbanding dengan kos sara hidup manakala perbezaan pendapatan dengan golongan yang tidak mahir kekal besar.

Perbezaan kaedah dan tempoh tugasan wujud di antara ekspatriat tradisional dan ekspatriat moden namun ekspatriat tradisional sering menjadi pilihan organisasi atas sebab-sebab tertentu.

Jika inisiatif untuk menjadi ekspatriat tidak datang dari majikan tetapi berasal daripada individu, penyelidik pengurusan menggambarkan ini sebagai ekspatriat yang dimulakan sendiri (SIE).

Di Dubai kebanyakan penduduknya adalah ekspatriat datang dari negara-negara seperti India, Pakistan, Bangladesh dan Filipina dengan hanya 20% penduduk adalah terdiri warga Dubai.

Tahun 2009, United Kingdom(UK) mempunyai bilangan tertinggi ekspatriat keluar di kalangan negara-negara Organisasi Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi(OECD) dengan lebih tiga juta rakyatnya tinggal di luar negara, diikuti Jerman dan Itali. Manakala dari segi kemasukan ekspatriat, destinasi yang popular adalah Sepanyol, Jerman dan Britain.

Kelebihan dan Keburukan[sunting | sunting sumber]

Terdapat beberapa kelebihan dan keburukan menggunakan kakitangan ekspatriat kepada syarikat antarabangsa. Kelebihan termasuk, membenarkan kawalan yang lebih dekat dan penyelarasan subsidiari antarabangsa dan menyediakan perspektif global yang lebih luas. Kelemahan termasuk kos pemindahan yang tinggi, kemungkinan menghadapi sekatan kerajaan tempatan, dan mungkin mewujudkan masalah penyesuaian kepada persekitaran asing.

Arkib Pusat Dagang[sunting | sunting sumber]

Pusat Arkib Dagang di The Hague (Belanda) mempunyai koleksi unik surat, diari, gambar-gambar dan filem-filem yang mendokumenkan sejarah sosial hidup ekspatriat. Ia mengumpul jurnal, surat, diari dan gambar, sebenarnya, hampir apa-apa dokumen dari masa lalu dan terperinci kehidupan serta pengalaman orang yang bekerja dan tinggal jauh dari negara asal mereka.

Tujuan Arkib Dagang adalah untuk mengumpul, memelihara, mempromosi, dan menyediakannya untuk orang awam dan penyelidik koleksi untuk mendokumenkan sejarah sosial hidup ekspatriat. Ia juga bertujuan untuk memberikan ruang dan peluang untuk berkongsi kenangan dan pengalaman ekspatriat dari semua bangsa di seluruh dunia dan untuk mewujudkan sumber penyelidikan sejarah yang bermanfaat.

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]