Elektrik statik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sentuhan dengan gelunsur telah menjadikan rambut kanak-kanak ini bercas positif. Oleh itu, setiap helai rambutnya menolak satu sama lain. Rambut itu juga akan tertarik kepada permukaan gelongsor yang bercas negatif.

Elektrik statik ialah ketidakseimbangan cas elektrik pada atau di dalam permukaan sesuatu bahan. Cas tersebut kekal sehingga ia dapat bergerak pergi sebagai arus eletrik atau pelepasan elektrik. Elektrik statik tidak sama dengan arus elektrik, yang mengalir melalui wayar atau pengalir elektrik lain dan menghantar tenaga.[1]

Cas elektrik statik boleh terhasil apabila dua permukaan bersentuhan dan berpisah, dan sekurang-kurangnya satu permukaan memiliki rintangan tinggi terhadap arus elektrik (dan dengan itu merupakan penebat elektrik). Kesan elektrik statik adalah biasa pada kebanyakan orang kerana mereka dapat merasakan, mendengar, bahkan juga dapat melihat percikan tersebut ketika cas lebihan dineutralkan apabila dibawa berdekatan pada pengalir elektrik besar (contohnya, laluan ke tanah), atau kawasan dengan lebihan cas kekutuban yang bertentangan (positif atau negatif). Fenomena biasa kejutan statik, atau lebih khusus, nyahcas elektrostatik berlaku disebabkan oleh peneutralan cas.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Dhogal (1986). Basic Electrical Engineering, Volume 1. Tata McGraw-Hill. m/s. 41. ISBN 978-0-07-451586-0.