Enjin wap

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Enjin wap atau enjim stim merupakan sejenis enjin pembakaran luar yang menggunakan tenaga haba yang wujud dalam wap, dan menukarkannya kepada kerja mekanikal.

Enjim wap digunakan sebagai pengerak utama bagi stesyen pam, kereta api, kapal wap, enjin geseran (traction engine), lori wap dan kenderaan lain. Ia penting bagi revolusi industri dan digunakan secara meluas bagi tujuan perdagangan di kilang dan logi, sungguhpun kebanyaknya telah digantikan oleh enjin pembakaran dalam dan motor eletrik.

Turbin stim, secara teknikalnya sebuah enjim stim, masih lagi digunakan secara meluas untuk menjana kuasa elektrik. Kira-kira 86% daripada semua kuasa elektrik di dunia dihasilkan melalui penggunaan turbin stim.

 
Gerakan enjin wap (animasi). Perhatikan bahawa pergerakan sambungan dari pengawal pemusat (centrifugal governor) mengerakkan trotle wap ditunjukkan hanya sebagai gambaran, sebenarnya sambungan ini berfungsi hanya apabila kelajuan enjin ditingkatkan atau dikurangkan.
 

Ciptaan dan pembangunan[sunting | sunting sumber]

Aeolipile

Peranti wap pertama, aeolipile, digambarkan oleh Hero dari Alexandria (Heron) pada abad pertama AD, dalam manuskripnya Spiritalia seu Pneumatica.[1] Ini mencadangkan bahawa penukaran tekanan wap kepada pergerakan mekanikal telah diketahui semenjak Mesir Rom pada abad-1, sungguhpun peranti ini kelihatannya hanya digunakan sebagai keanjaiban mekanikal.

Turbin stim pertama digambarkan pada tahun 1551 oleh pencipta Arab, Taqi al-Din.[2] Dia menggambarkan kaedah bagi memusing batang pemanggang dengan menggunakan jet wap yang berputar oleh kipas berputar pada sisi roda. Peranti yang serupa ditunjukkan oleh Giovanni Branca, jurutera Itali pada 1629,[3] bagi memutar peranti berbentuk pelepas silinder yang menggangkat dan melepaskan sepasang alu kedalam lesung. Jet wap pada turbin wap awal ini bagaimanapun tidak dipusatkan dan kebanyakan tenaganya bebas kesemua arah menjadikannya kurang berkesan.

Pembangunan pratikal enjin wap memerlukan keadaan ekonomi di mana pembangun enjin wap boleh mendapat untung dari ciptaan mereka. Kebudayaan Klassik dan Zaman Pertengahan, Renaissance tidak mempunyai keadaan sedemikian. Malah sehingga akhir abad ke-17, enjin wap dicipta sebagai satu keanjaipan (curiosities). Kesukaran untuk bebas dari keadaan sedemikian dapat dilihat dari kesukaran yang dihadapi oleh Edward Somerset, Marquess Worcester ke-2 dan kemudiannya oleh jandanya bagi mendapatkan pelabur kewangan bagi menjayakan ideanya bagi penggunaan kuasa wap. Pada 1663, dia menerbitkan rekabentuk bagi, dan memasang enjin kuasa wap bagi mengangkat air di dinding Menara Agung di Istana kota Raglan (lekuk pada dinding dimana enjin dipasang masih dapat dilihat sehingga abad ke-19). Bagaimanapun, tiada orang sanggup menanggung risiko melabur dalam konsep baru revolusi, dan tanpa pelabur mesin itu kekal tidak dimajukan.

Reka bentuk Denis Papin bagi enjin piston-dan-silinder, 1690.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pesta wap[sunting | sunting sumber]

UK
  • Carter's Steam Fair - touring vintage fairground, including several rides powered by steam engines
  • Great Dorset Steam Fair - 5-day annual show in England - specialises in showing engines being used in their original context: heavy haulage, threshing, ploughing, sawing, road making, etc
USA

Muzium wap[sunting | sunting sumber]

See also: List of pumping stations, many of which are, or were, steam-powered.
UK
Canada

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Heron Alexandrinus (Hero of Alexandria) (c. 62 CE): Spiritalia seu Pneumatica. Reprinted 1998 by K G Saur GmbH, Munich. ISBN 3-519-01413-0.
  2. Ahmad Y Hassan (1976). Taqi al-Din and Arabic Mechanical Engineering, p. 34-35. Institute for the History of Arabic Science, Universiti Aleppo.
  3. University of Rochester, NY, The growth of the steam engine online history resource, chapter one.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Muzium wap[sunting | sunting sumber]

Pesta dan perayaan wap[sunting | sunting sumber]