Enneagram
Enneagram (kadang-kadang disebut juga Enneagon) adalah gambar/corak geometri bersudut sembilan. Istilah ini berasal dari Bahasa Yunani -ennea (sembilan) dan grammos (sesuatu yang ditulis atau dilakarkan).
Gambar/pola Enneagram digunakan untuk pelbagai tujuan di dalam beberapa sistem ajaran. Pada akhir-akhir ini pola tersebut menjadi lebih dikenali kerana penggunaannya dalam apa yang sering disebut dengan Enneagram Keperibadian (Enneagram of Personality). Asal-usul sejarahnya masih diperdebatkan tetapi kemungkinan berasal dari tradisi Sufi.
Geometri
[sunting | sunting sumber]Dalam geometri, sebuah enneagram adalah sebuah polygon bintang biasa bersisi sembilan, dengan menggunakan titik yang sama dengan enneagon biasa tapi dihubungkan dengan laluan-laluan tertentu.f
Pola tersebut mempunyai dua bentuk: {9/2} dan {9/4} menyambung setiap titik ke-2 dan ke-4 secara berturutan. Ada jugapola bintang, {9/3}, yang diperbuat dari titik-titik enneagon biasa tapi merupakan gabungan tiga segi tiga sama sisi.
Gurdjieff & Ouspensky
[sunting | sunting sumber]Penggunaan enneagram pada zaman moden seringkali dikaitkan dengan Georges Ivanovich Gurdjieff (c. 1870-1949) yang terkenal dengan ajaran tradisinya iaitu "Jalan Keempat". Tulisan-tulisan Gurdjieff ini membayangkan perkembangan ajaran ini di Republik Rakyat China sebelum kemudian dikenali oleh para Sufi dengan penggambarannya tentang para darwis Asia Tengah yang mempelajari teori China kuno tentang Sembilan Lipatan Ninefoldedness(Kisah Beelzebub pada Cucunya , Bab 41).
Pola Enneagram seperti yang dibentangkan dalam tradisi "Jalan Keempat" ini mewakili dua undang-undang kosmik yang asas, iaitu: kombinasi (disebut dengan Undang-undang Tiga/Law of Three atau Triads) dan proses (disebut dengan Undang-undang Tujuh/Law of Seven atau proses). Kombinasi bererti kejadian atau kekuatan yang menyertai mencipta kejadian baru. Sedangkan 'undang-undang proses' menetapkan tentang bagaimana sesuatu boleh terjadi.
Garis perkembangan ajaran Jalan Keempat dibangunkan dari tulisan-tulisan para anak didik Gurdjieff, terutamanya PD Ouspensky, Maurice Nicoll, J.G. Bennett dan Rodney Collin. Mereka mengembangkan idea-idea Gurdjieff dan meninggalkan kepentingan mereka sendiri. Banyak kepustakaan yang diabdikan untuk tradisi Gurdjieff-Ouspensky.