Etika normatif

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Etika normatif ialah satu cabang etika falsafah yang menyiasat set soalan yang timbul apabila kita memikirkan mengenai soalan "bagaimana seseorang patut bertindak, secara moral?" Etika normatif berbeza dengan meta-etika kerana ia menyiasat piawaian bagi tindakan salah atau betul, sedangkan meta-etika mengkaji erti bahasa moral dan metafizik fakta moral. Etika normatif juga berbeza dari etika perihalan (descriptive ethics), yang merupakan penyiasatan empirik berkenaan kepercayaan etika manusia. Dengan kata lain, etika perihalan adalah berkenaan menentukan berapa bahagian orang yang percaya membunuh sentiasa salah, sementara etika normatif berkenaan sama ada ia adalah betul bagi memegang kepercayaan sedemikian. Dengan itu, etika normatif kadang kala dikatakan bersifat preskriptif, bukannya deskriptif. Bagaimanapun, pada versi tertentu padangan meta-etika yang dipanggil realisme moral, fakta moral adalah kedua-dua preskriptif dan deskriptif pada masa yang sama.

Secara umum, etika normatif boleh dibahagi kepada lapangan-kecil teori moral dan etika diguna (applied ethics). Pada tahun kebelakangan, sempadan antara displin-disiplin kecil ini semakin kabur apabila ahli teori moral menjadi lebih berminat dalam masaalah kegunaan (applied problem) dan etika diguna menjadi semakin berpengaruh.

Teori moral tradisi menumpu kepada mencari prinsip moral yang membenarkan seseorang menentukan sama ada sesuatu tindakan adalah betul ataupun salah. Teori klasik dalam aliran ini termasuk utilitarianisme, Kantianisme, dan sesetengah bentuk kontraktarianisme. Teori-teori ini menawarkan prinsip moral melampaucapai (overarching) yang seseorang boleh pertimbangkan bagi menyelesaikan keputusan moral yang sukar.

Menjelang abad ke-20, teori moral menjadi semakin rumit dan tidak lagi hanya berkenaan betul atau salah, tetapi berminat dengan pelbagai jenis status moral. Gaya ini mungkin bermula pada 1930 dengan W. D. Ross dalam bukunya, The Right and the Good. Di sini Ross menegaskan bahawa teori moral tidak boleh mengatakan secara umum sama ada sesuatu tindakan adalah salah atau betul tetapi hanya sama ada ia cenderung kepada betul atau salah menurut jenis tugas moral tertentu seperti kebergantungan kedermawanan, kesetiaan, atau keadilan (dia menggelarnya sebagai tugas prima facie separa betul). Selajutnya, ahli falsafah telah mempersoalkan sama ada tugas prima facie juga boleh dijelaskan pada tahap teori, dan sesetengah ahli falsafah mendesak agar menjauhi dari membuat teori umum sama sekali, sementara yang lain mempertahankan teori berdasarkan bahawa ia tidak perlu sempurna bagi merangkumi kesedaran moral penting.

Pada pertengahan abad terdapat kerumpangan lama dalam pembagunan etika normatif semasa di mana ahli falsafah sebahagian besarnya mengalih dari soalan normatif kepada meta-etika. Malah ahli falsafah semasa zaman ini yang mengekalkan minat terhadap moral prescriptif, seperti R. M. Hare, cuba untuk tiba kepada kesimpulan normatif melalui renungan meta-etika. Fokus kepada meta-etika ini sebahagiannya disebabkan oleh pusingan linguistik kuat dalam falsafah analitik dan sebahagian lagi disebabkan adjmerebaknya positivisme logis. Pada 1971, John Rawls menentang aliran toeri normatif dengan menerbitkan A Theory of Justice. Karya ini sungguh revolusioner, sebahagiannya kerana ia hampir tidak kisah langsung akan meta-etika dan sebaliknya memburu hujah moral secara langsung. Ekoran daripada A Theory of Justice dan karya utma lain teori normatif yang diteritkan pada 1970-an, bidang teah melihat pembaharuan luar biasa yang kekal hingga ke hari ini.