Eutrofikasi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Eutrofikasi di Sungai Potomac adalah terbukti menerusi air hijau yang terang, disebabkan oleh berkembangnya lapisan sianobakteria yang padat.

Eutrofikasi (Greek: eutrophia—sihat, nutrisi yang mencukupi, perkembangan; Bahasa Jerman: Eutrophie) atau lebih tepat lagi hipertrofikasi, adalah respon ekosistem terhadap penambahan bahan-bahan tiruan atau asli, yang terkandungnya bahan fosfat, melalui detergen, baja, atau sampah, ke dalam satu sistem akuatik.[1] Salah satu daripada contoh eutrofikasi ialah peningkatan mendadak fitoplankton dalam badan air sebagai tindak balas terhadap peningkatan tahap nutrien. Kesan alam sekitar negatif termasuk hipoksia, iaitu pengurangan oksigen di dalam air, yang boleh menyebabkan kematian haiwan akuatik berlaku.

Mekanisma[sunting | sunting sumber]

Eutrofikasi wujud daripada lebihan bekalan nutrien, yang menginduksi pertumbuhan letupan tumbuhan dan alga, di mana apabila suatu organisma itu mati, ia menggunakan oksigen dari badan air, dengan itu mewujudkan keadaan hipoksia.

Menurut Ensiklopedia Ullmann ini, "faktor utama pengehadan eutrofikasi adalah fosfat." Ketersediaan fosforus secara amnya menggalakkan pertumbuhan tumbuhan dan pereputan yang berlebihan, yang mengutamakan alga dan plankton ringkas melebihi tumbuh-tumbuhan lain yang lebih rumit, dan menyebabkan penurunan yang mendadak terhadap kualiti air. Fosforus merupakan nutrien yang diperlukan untuk penghidupan tumbuh-tumbuhan, dan juga merupakan faktor pengehad untuk pertumbuhan tumbuhan dalam banyak ekosistem air tawar. Fosfat melekat ketat kepada tanah, maka ia kebanyakannya diangkut melalui hakisan. Apabila ia ditranslokasi ke dalam tasik, pengekstrakan fosfat ke dalam air menjadi perlahan, maka terjadilah kesukaran untuk menterbalikkan kesan eutrofikasi.[2]

Sumber fosfat yang berlebihan ini adalah pembersih, air larian perindustrian/domestik, dan baja. Dengan pemberhentian pengeluaran fosfat yang mengandungi detergen dpada tahun 1970-an, maka air larian industri/domestik dan sektor pertanian telah muncul sebagai penyumbang utama kepada eutrofikasi.[3]

Natrium trifosfat, satu ketika dahulu pernah menjadi satu komponen pelbagai bahan pencuci, merupakan penyumbang utama kepada eutrofikasi.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Schindler, David and Vallentyne, John R. (2004) Over fertilization of the World's Freshwaters and Estuaries, University of Alberta Press, p. 1, ISBN 0-88864-484-1
  2. ^ M. Nasir Khan and F. Mohammad "Eutrophication: Challenges and Solutions" in A. A. Ansari, S. S. Gill (eds.), Eutrophication: Causes, Consequences and Control, Springer Science+Business Media Dordrecht 2014DOI:10.1007/978-94-007-7814-6_5
  3. ^ Wilfried Werner "Fertilizers, 6. Environmental Aspects" Ullmann's Encyclopedia of Industrial Chemistry, 2002, Wiley-VCH, Weinheim.DOI:10.1002/14356007.n10_n05

Pautan luar[sunting | sunting sumber]