Pergi ke kandungan

Fête de la Musique

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Fête de la Musique

Fête de la Musique ialah perayaan muzik tahunan yang berlangsung pada 21 Jun. Pada Hari Muzik, rakyat dan penduduk digesa bermain muzik di luar kawasan kejiranan mereka atau di ruang awam dan taman. Konsert percuma juga dianjurkan, di mana pemuzik bermain untuk keseronokan dan bukan untuk bayaran.[1]

Sambutan muzik sepanjang hari pertama pada hari solstis musim panas telah dicetuskan oleh Jack Lang, Menteri Kebudayaan Perancis ketika itu, serta oleh Maurice Fleuret; ia disambut di Paris pada tahun 1982. Hari Muzik kemudiannya disambut di 120 negara di seluruh dunia.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]