Falstaff
Sir John Falstaff adalah seorang watak cereka yang muncul dalam tiga buah drama karya William Shakespeare. Dalam kedua-dua drama Henry IV, beliau merupakan sahabat kepada Putera Hal, iaitu bakal Raja Henry V. Falstaff sang kesatria yang gemuk, sombong, suka bercakap besar dan penakut, sering memimpin Putera Hal yang kelihatan sesat jiwa ke dalam kesusahan, lantas akhirnya dilucutkan setelah Hal menjadi raja. Falstaff juga muncul dalam The Merry Wives of Windsor.
Walaupun pada asasnya watak komedi, Falstaff tetap memperbadankan suatu kedalaman yang sering terdapat dalam kerumitan komedi Shakespeare. Pada Babak II, Adegan III Henry V, kematiannya diperikan oleh watak "Tuan Rumah" yang memerikan mayatnya dengan cara yang mengajuk pemerian Plato tentang kematian Socrates.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Kategori berkenaan Falstaff di Wikimedia Commons
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.