Festival Himalaya Antarabangsa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Festival Himalaya Antarabangsa adalah festival yang diadakan setiap tahun di negeri Himachal Pradesh, India untuk menghormati Dalai Lama, penerima Hadiah Nobel Keamanan pada tahun 1985 yang telah menjadikan Mcelodganj, pinggir bandar Dharamsala, sebagai rumahnya selepas dibuang negeri.[1] Festival kebudayaan ini terkenal dengan persembahan oleh pelbagai kumpulan dari sekitar Himachal Pradesh dan kadang-kadang kawasan Himalaya lain juga[2]. Perayaan ini amat penting kerana ia melambangkan inisiatif damai. Festival ini disokong oleh Persatuan Persahabatan Indo-Tibet bersama Pentadbiran Pusat Tibet dan Pelancongan Himachal Pradesh. Pada 2018, ia diadakan di daerah Kangra Himachal Pradesh pada bulan Disember.[3]

Perayaan[sunting | sunting sumber]

Perayaan ini bertujuan untuk memperkuat hubungan dan keharmonian antara penduduk di Himachal Pradesh dan warga Tibet yang tinggal di sana. Ciri-ciri utama Festival Himalaya Antarabangsa termasuklah pertujukan dan pameran kebudayaan, terutamanya oleh seniman Institut Seni Pertunjukan Tibet, tukang-tukang tempatan, kumpulan sosial dan pelajar-pelajar sekolah. Salah satu tarikan sebenar di tengah-tengah Festival Himalaya Antarabangsa ialah gerai-gerai yang meluas di jalan-jalan. Setiap gerai memaparkan cara hidup, tradisi negeri dan memaparkan herba tempatan serta kraftangan penduduk. Sepanjang jalan-jalan, terdapat pelbagai gerai makanan yang menawarkan hidangan istimewa yang sedap. Seseorang boleh menghabiskan sepanjang hari mencicipi hidangan ini. Gerai-gerai yang berbeza dalam festival ini memaparkan gaya hidup, kerja yang teliti, herba adat, dan gaya memasak di kawasan Himalaya. Program dan pameran kebudayaan yang berbeza dijalankan sebagai sebahagian daripada perayaan besar ini. Pameran kebudayaannya yang kaya pastinya akan memastikan para penonton tidak melepaskan peluang menyertai perayaan ini.[4][5]

Pesta ini diadakan pada waktu itu ketika emping salji mulai turun di tempat itu. Memandangkan Himachal Pradel berada di kawasan yang lebih rendah dari Himalaya, iklim benar-benar dingin pada bulan Disember. Dalam tiga hari, pelbagai program aneka budaya dapat ditonton di seluruh Himachal Pradesh yang dipamerkan oleh komuniti yang berbeza di negeri ini. Pada 2004, festival perayaan ini ditutup disebabkan oleh masalah kewangan namun disambung kembali pada 2014.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Dalai Lama may skip Himalayan festival".
  2. ^ "International Himalayan Festival".
  3. ^ "About International Himalayan Festival".
  4. ^ "The International Himalayan Festival In McLeodganj".
  5. ^ "The International Himalayan Festival In McLeodganj".