Cinta Tiada Restu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Filem Cinta Tiada Restu)
Jump to navigation Jump to search
Cinta Tiada Restu
PengarahAzman Mohd Yusof
Dibintangi olehSalehuddin Hasan
Surni Salasan
Yusof Chong
Kartina Aziz
Jasmin Hamid
Abu Bakar Omar
PengedarDreamwalk Sdn. Bhd.
Mula ditayangkan
Malaysia 27 September 2001
Tempoh tayangan
105 minit
NegaraMalaysia
BahasaBahasa Malaysia
PerbelanjaanRM 880,000

Cinta Tiada Restu ialah sebuah filem genre cinta dan muzik Malaysia tahun 2001 arahan Azman Mohd Yusof.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Irda yang mewarisi bakat seni daripada ayahnya Pak Haron telah berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mengejar cita-citanya menjadi penyanyi. Walaupun mendapat tentangan daripada ibunya, pujukan Kathy sepupu kepada Irda berjaya menyelesaikan kesulitan itu. Di Kuala Lumpur, Irda terpaksa turun naik syarikat rakaman hingga hampir dirogol. Impiannya hampir menjadi kenyataan setelah bertemu Ilham, komposer terkenal yang percaya dengan bakat Irda dan bercadang untuk muncul berduet dengannya. Perkenalan tersebut membuahkan bibit cinta di hati pasangan ini. Tetapi hubungan dan cinta mereka menjadi rumit apabila tidak mendapat restu orang tua Irda, lebih-lebih lagi ibu Irda, Mak Lijah yang cukup anti dengan insan seni.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

  1. Salehuddin Hasan ... Ilham
  2. Surni Salasan ... Irda
  3. Abu Bakar Omar ... Pak Haron
  4. Kartina Aziz ... Mak Lijah
  5. Jasmin Hamid ... Kathy
  6. Yusof Chong ... Andy Jeffry
  7. Aneesa ... Tricia
  8. Opie Zami ... 

Sambutan[sunting | sunting sumber]

Filem ini dikeluarkan pada 27 September 2001 dan mendapat kutipan sebanyak RM37,272.70.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.