Fizik matematik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Fizik matematik ialah satu disiplin saintifik yang membangunkan kaedah matematik untuk aplikasi ke dalam masalah-masalah fizik. Tiada kesepakatan sebenar tentang bidang apa yang menjadi sebahagian dari fizik matematik. Definisi tipikal diberikan oleh Jurnal Fizik Matematik ialah: "Aplikasi matematik ke dalam masalah-masalah fizik dan pembangunan kaedah matematik yang sesuai untuk aplikasi tersebut serta formulasi teori-teori fizikal."[1]

Definisi ini bagaimanapun tidak merangkumi situasi di mana keputusan-keputusan dari fizik digunakan pula ke dalam fakta-fakta matematik abstrak untuk membuktikan yang di dalamnya sendiri tidak berkaitan dengan fizik. Sejak dua puluh tahun lalu, fenomena ini menjadi semakin penting disebabkan perkembangan dalam kajian teori rentetan, yang meliputi kajian bidang-bidang baru dalam matematik. Eric Zaslow mencanangkan istilah "fizimatik" (Bahasa Inggeris: physmatics) untuk menerangkan perkembangan ini [2], walaupun ia mungkin hanya dilihat sebagai sebahagian dari fizik matematik juga.

Antara bidang kajian utama dalam fizik matematik ialah: analisis fungsi, fizik kuantum, geometri, kerelatifan am, kombinatorik, teori kebarangkalian dan fizik statistik. Dalam perkembangan terbaru, berlaku pertembungan di antara teori rentetan dengan cabang-cabang utama matematik seperti geometri Algebra, topologi dan geometri kompleks.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Definisi di Jurnal Matematik Fizik .[1]
  2. E. Zaslow, Physmatics

Pautan luar[sunting | sunting sumber]