Flash mob
Ia juga dapat diertikan sebagai sekelompok orang yang berkumpul pada waktu dan tempat yang telah ditetapkan untuk melakukan suatu perbuatan seperti berteriak selama 30 detik dan cepat menyebar sebelum pihak berkuasa tiba. Menggunakan telefon bimbit, flash mob akan berubah tempat apabila tempat yang pertama telah diganggu.
Tujuan
Kebiasaannya, flash mob dilakukan untuk tujuan hiburan, sindiran dan ekspresi artistik.
Penganjuran
Flash mob dianjurkan melalui telekomunikasi, media sosial, atau e-mel tular.
Pengistilahan
Istilah ini, yang dicipta pada tahun 2003, secara amnya tidak digunakan untuk acara dan pertunjukan yang dianjurkan untuk tujuan politik (seperti protes), iklan komersil, aksi publisiti yang melibatkan firma hubungan awam, atau profesional berbayar. Untuk tujuan yang disebutkan, istilah smart mobs sering digunakan.
Istilah berkaitan
Terma flash rob atau flash mob robberies, merujuk kepada cara perhimpunan flash mob, telah digunakan untuk menggambarkan beberapa rompakan dan serangan yang dilakukan secara tiba-tiba oleh kumpulan belia remaja. Bill Wasik, pemula flash mob pertama, dan beberapa pengulas lain telah mempersoalkan atau membantah penggunaan "flash mob" untuk menerangkan perbuatan jenayah.

Flash mob (atau flashmob)[1] ialah sekumpulan besar orang ramai yang berhimpun secara mengejut di tempat awam untuk melakukan persembahan yang aneh dan tidak bererti untuk seketika, kemudian bersurai.[2]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ "Facebook flashmob shuts down station". CNN.com. 9 February 2009.
- ^ "Va-va-voom is in the dictionary". BBC. 8 Julai 2004. Dicapai pada 2010-05-05.
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Flash mob |