Floem

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Dalam tumbuhan pembuluh, floem atau pembuluh tapis ialah sejenis tisu penting pada jaringan pengangkutan yang terdapat pada tumbuhan. Floem bekerja untuk mengedarkan hasil fotosintesis ke seluruh bahagian tumbuhan. Namanya diambil daripada kata Greek φλόος (phloos) "kulit kayu". Pasangannya ialah xilem.