Fridtjof Nansen

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Fridtjof Nansen
Bundesarchiv Bild 102-09772, Fridjof Nansen.jpg
Kelahiran 10 Oktober 1861
Store Frøen, Christiania (kini, Oslo), Norway
Meninggal dunia 13 Mei 1930(1930-05-13) (umur 68)
Polhøgda, Lysaker, Norway
Sebab kematian Serangan jantung
Pendidikan Universiti Frederick Diraja
Pekerjaan Saintis, penjelajah, kemanusian
Pasangan Eva Sars (meninggal dunia 1 December 1907)
Sigrun Munthe
Anak 5 (2 perempuan, 3 lelaki)
Ibu bapa Baldur Nansen & Adelaide (née Wedel-Jarlsberg) Nansen
Anugerah Hadiah Keamanan Nobel (1922)
Kongelige Norske St. Olavs Orden
Order of the Dannebrog
National Order of the Legion of Honor
Order of St. Stanislaus
Cullum Geographical Medal (1897)
Vega Medal(1889)

Constantine Medal (1907)
Tandatangan
Fridtjof Nansen (signature).svg

Fridtjof Wedel-Jarlsberg Nansen (10 Oktober 1861 – 13 Mei 1930) merupakan penjelajah, ahli sejarah, saintis, diplomat dan penerima Hadiah Keamanan Nobel 1922 dari Norway.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Nansen merupakan juara ski dan ski ais ketika muda. Beliau telah mengetuai pasukan yang membuat lintasan pertama di pedalaman Greenland pada tahun 1888. Beliau telah mempelajar zoologi di Universiti Frederik Diraya dan kemudian bekerja sebagai kurator di Muzium Bergen di mana kajian mengenai sistem saraf pusat hidup marin yang lebih rendah melayakkan beliau menerima Ijazah Doktor Falsafah dan membantu membangunkan teori neurologi moden. Selepas 1896, beliau memfokuskan kepada oseanografi; di mana beliau telah banyak melakukan pelayaran saintifik, kebanyakannya di Atlantik Utara, dan telah menyumbangkan dalam pembangunan peralatan oseanografik moden.

Sebagai salah seorang rakyat yang terkemuka di negaranya, pada tahun 1905, Nansen telah menyuarakan untuk pengakhiran penyatuan Norway bersama Sweden. Dari tahun 1906 sehingga 1908, beliau telah berkhidmat sebagai wakil Norway di London dan membantu rundingan Perjanjian Integriti yang menjanjikan status kemerdekaan Norway.

Pada penghujung usianya, Nansen menumpukan kepada Liga Bangsa, di mana beliau telah dilantik pada tahun 1921 sebagai Pesuruhjaya Tinggi Liga bagi Pelarian. Pada tahun 1922, beliau dihadiahakan Hadiah Keamanan Nobel untuk kerja-kerja beliau terhadap mangsa-mangsa Perang Dunia Pertama dan konfliks berkaitan. Antara inisiatif beliau adalah Pasport Nansen untuk orang tanpa kerakyatan yang diiktiraf lebih dari 50 buah negara.

Beliau telah membantu pelarian sehingga penghujung hayatnya. Beliau telah mati secara tiba-tiba akibat serangan jantung pada tahun 1930. Pejabat Antarabangsa Nansen untuk Pelarian telah ditubuhkan sejurus kematian beliau untuk memastikan kesinambungan kerja-kerja yang telah dilakukan beliau sebelum ini. Pejabat Antarabangsa Nansen untuk Pelarian telah menerima Hadiah Keamanan Nobel 1938.

Bacaan tambahan[sunting | sunting sumber]

  • Abrams, Irwin (2001). The Nobel Peace Prize and the Lauretes: an illustrated biographical history 1901–2001. Nantucket MA: Watson Publishing International. 
  • Amundsen, Roald (1912). The South Pole, Vol. II. London: John Murray. 
  • Berton, Pierre (1988). The Arctic Grail. New York: Viking Penguin. 
  • Brøgger, Waldemar Christofer and Rolfsen, Nordahl (translated by William Archer (1896)). Fridtiof Nansen 1861–1893. New York. Longmans Green & Co.
  • Fleming, Fergus (2002). Ninety Degrees North. London: Granta Publications. 
  • Gibney, Matthew J.; Harrison, Randall (2005). Immigration and Asylum from 1900 to the Present: Volume 1. Santa Barbara, California: ABC-CLIO. 
  • Huntford, Roland (2001). Nansen. London: Abacus.  (First published in 1997 by Gerald Duckworth)
  • Jackson, Frederick (1935). The Lure of Unknown Lands. London: G. Bell and Sons. 
  • Nansen, Fridtjof (tr. H.M. Gepp) (1890). The First Crossing of Greenland. London: Longmans, Green. 
  • Nansen, Fridtjof (1897). Farthest North, Volumes I and II. London: Archibald Constable & Co.  also available on Project Gutenberg
  • Pollock, Frederick (2003). The League of Nations. Clark, New Jersey: The Lawbook Exchange Ltd. 
  • Reynolds, E.E. (1949). Nansen. Harmondsworth (UK): Penguin Books. 
  • Scott, J.M. (1971). Fridtjof Nansen. Sheridan, Oregon: Heron Books. 
  • Hestmark, Geir (1991): Fridtjof Nansen and the Geology of the Arctic. Earth Sciences History 12: 168-212.
  • Hestmark, G. (1995): Fridtjof Nansen and the Spirit of Northern Wilderness. In: Vance G. Martin & Nicholas Tyler: Arctic Wilderness - The 5th World Wilderness Congress. North American Press, Golden, Colorado. pp. 113–117.
  • Hestmark, Geir (1999). Vitenskap og nasjon - Waldemar Christopher Brøgger 1851-1905. Oslo, Aschehoug & Co. (W. Nygaard). 890 pp.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]