Fuck

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Fuck ialah sepatah perkataan bahasa Inggeris pasar yang sebagai satu kata kerja, bermaksud "berhubungan seks dengan". Penggunaannya menjadi larangan dalam kebanyakan keadaan, tetapi juga biasa dalam sesetengah keadaan yang tertentu atau sesetengah kumpulan sosial. Ia belum diterima sebagai perkataan baku (rasmi) tetapi digunakan dalam keadaan tidak rasmi.

"Fuck" bukan saja digunakan sebagai kata kerja, tetapi juga sebagai kata nama dan kata seru. Penggunaannya sebagai kata seru boleh dikategorikan sebagai kata makian yang amat kesat dan membawa maksud yang sama seperti perkataan "pukimak".

Di dalam bidang hiburan, penapisan yang biasa dilakukan di dalam filem dan lagu yang mengandungi perkataan tersebut adalah dengan meredam perkataan tersebut. Istilah "F-word" yang lebih sopan digunakan bagi sesiapa yang mahu menegaskan maksud yang sama dengan perkataan "fuck" tetapi pada masa yang sama mahu mengelak daripada menggunakan perkataan tersebut.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Fabien Fuck, The Fuck Book, BookSurge (2007) ISBN 1419654551.
  • Hargrave, Andrea Millwood (2000). Delete Expletives? London: Advertising Standards Authority, British Broadcasting Corporation, Broadcasting Standards Commission, Independent Television Commission.
  • Jesse Sheidlower, The F Word (1999) ISBN 0375706348. Presents hundreds of uses of fuck and related words.
  • Michael Swan, Practical English Usage, OUP, 1995, ISBN 0194311988.
  • Phillip J. Cunningham, Zakennayo!: The Real Japanese You Were Never Taught in School, Plume (1995) ISBN
  • Wayland Young, Eros Denied: Sex in Western Society. Grove Press/Zebra Books, New York 1964.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]