Furisode ialah kimono yang mempunyai lengan panjang yang dipanggil furi. Furi dibuat dengan mengurangkan bilangan jahitan antara badan dengan lengan.[1] Pada zaman moden, ia adalah pakaian formal untuk wanita muda, setara dengan tomesode hitam, tomesode berwarna dan pakaian melawat. Ia sering dipakai sebagai pakaian pengantin dan juga dipakai oleh hadirin pada majlis kematangan dan perkahwinan.[2]
Pada zaman moden, furisode dianggap sebagai pakaian rasmi pertama untuk wanita yang belum berkahwin.[3] Tetapi pada asalnya, ia adalah pakaian Jepun untuk wanita muda tidak kira sama ada yang belum berkahwin atau sudah berkahwin.[4]
Dari segi klasifikasi pakaian dan aksesori, ia adalah dikategorikan sebagai kosode. Kosode dalam erti kata yang luas ialah pakaian ala tarekubi, yang mana kain panjang (migoro) dilipat ke depan (maemigoro; migoro depan) dan belakang (ushiromigoro; migoro belakang) di bahu dan ditambah dengan kolar, bahagian okumi (atau okubi) di hadapan serta lengan.[5] Kosode yang tiada furi atau lengan panjang dipanggil kosode dalam erti kata sempit, manakala jenis yang mempunyai furi yang diisi dengan kapas nipis dipanggil furisode.[5]
Kimono yang dipendekkan lengan baju furisode perkahwinan dipanggil tomesode. Ia merupakan pakaian rasmi pertama untuk wanita yang sudah berkahwin.[3]
Furisode dibahagikan kepada furisode besar, furisode sederhana dan furisode kecil bergantung pada panjang lengan. Furisode yang berlengan lebih panjang dianggap lebih rasmi.[3]
Mengikut klasifikasi panjang lengan bagi pakaian kimono termasuk furisode, panjang lengan 50 hingga 60 cm dipanggil lengan biasa (kimono sedemikian tidak dianggap sebagai furisode), panjang lengan sekitar 75 cm dipanggil furisode kecil, dan panjang lengan 108 cm atau lebih dipanggil furisode besar,[6] dan panjang lengan furisode sederhana adalah di antara furisode kecil dan furisode besar, iaitu sekitar 100 cm.[7] Di samping itu, panjang lengan tomesode, yang dibandingkan dengan furisode, dikatakan kira-kira 1 shaku 3 sun (49 cm) hingga 1 shaku 6 sun 5 bu (62.5 cm)[7] (panjang lengannya hampir sama dengan lengan biasa). Walau bagaimanapun, piawaian ini tidak tetap, dan terdapat kes di mana panjang lengannya sepanjang kujirajaku 2 shaku 7 sun (102 cm) atau lebih. Furisode sedemikian dipanggil furisode besar.[7] Khususnya, furisode yang kujirajaku 2 shaku 7 sun (102 cm) hingga 3 shaku (113.5 cm) kadangkala dipanggil hon-furisode.[7]
Sebagai contoh, pada majlis konvokesyen di Jepun, biasanya para graduan memakai furisode kecil, tetapi lengan biasa dan furisode besar juga boleh dipakai.
Jenis corak utama ialah corak keseluruhan, corak pinggang, corak labuh, corak tsuma Edo dan corak tsuma.[8]
corak keseluruhan
Ia juga dipanggil corak date atau corak katsugi.
corak labuh
Furisode dengan corak labuh tinggi furisodeDi antara corak labuh, 'corak labuh tinggi furisode' meletakkan bahagian okumi lebih tinggi daripada badan hadapan dan badan belakang pada nisbah 7:5:3. Jenis corak ini meletakkan corak sama di kedua-dua kain utama dan lengan supaya corak bermula dari bahagian atas dan berakhir di bahagian bawah. Selain itu, ada juga 'corak Shimabara' yang mempunyai corak dari bahu hingga ke dada untuk menjadikannya lebih cantik.[9] Pada zaman moden, corak sering diletakkan secara bebas tanpa terikat dengan format ini.
Dikatakan bahawa prototaip furisode dicipta sekitar zaman Asuka.[10]
Pada zaman moden awal, terdapat furisode dan tomesode, tetapi furisode dan tomesode pada zaman tersebut berbeza daripada furisode dan tomesode moden.[11] Pada zaman moden awal, furisode mempunyai lapan bukaan dan bahagian bawah lengan terbuka, dan dipanggil 'wakiaki' (waki 'ketiak', aki 'terbuka'). Tomesode dipanggil 'wakifusagi' (waki 'ketiak', fusagi 'tertutup') atau 'wakitsume' (waki 'ketiak', tsume 'terjahit') kerana tomesode tidak mempunyai lapan bukaan dan lengan yang dijahit dengan badan.
Menurut karya Saikaku Zoku Tsuredure oleh Saikaku Ihara (1695), furisode biasanya dijadikan tomesode dengan memendekkan lengan dan menutup bahagian tepi apabila pemakainya mencapai umur dewasa, iaitu musim bunga umur 17 tahun untuk lelaki, dan musim luruh umur 19 tahun untuk perempuan, tidak kira sama ada mereka sudah berkahwin atau tidak.
Sejak zaman dahulu, perbuatan melambai kain mempunyai makna ajaib. Wanita yang berkhidmat kepada dewa melakukan tamafuri, iaitu melambai kain panjang dan lengan panjang.[10]
Di samping itu, dikatakan bahawa wanita yang belum berkahwin kadang-kadang melambai lengan furisode sebagai tanda bercinta. Lambaian lengan ke depan belakang bermaksud 'tidak suka', manakala lambaian lengan ke kiri kanan pula bermaksud 'suka'. Perkara ini boleh didapati dalam petikan daripada dokumen pada zaman Edo seperti Kana Zoshi dan Koshiki Ichidai Otoko, yang mana dikatakan bahawa furisode ialah etimologi ungkapan futta,furareta 'menolak (cinta) dan (cinta) ditolak' dalam hubungan cinta moden.[12]
Kimono lengan panjang yang dipakai pada majlis perkahwinan yang labuhnya panjang sehingga kena lantai seperti uchikake dipanggil hikifurisode atau furisode yang diseret. Ia juga dipanggil ohikizuri.[13]
Ia pada asalnya digunakan oleh wanita kelas samurai untuk majlis perkahwinan pada zaman Edo.[14] Pada separuh akhir zaman Edo, selain keluarga samurai, pedagang kaya dan petani kaya, yang dipanggil omotefuke, memakai pakaian perkahwinan (sanmaigasane 'tiga lapis') yang cantik dengan corak tiga warna, iaitu putih, merah dan hitam, di mana corak itu berbentuk sama, manakala dalam budaya penduduk bandar, mereka memakai furisode hitam dengan lima corak sebagai pakaian perkahwinan. Furisode menjadi pakaian pengantin yang biasa dipakai oleh pedagang kaya dari zaman Meiji hingga awal zaman Showa.[13] Kemudiannya, semasa zaman perang, sanmaigasane yang cantik hilang, dan furisode hitam, yang boleh dibuat semula menjadi tomesode, menjadi kebiasaan orang ramai.[15]
Hikifurisode berwarna hitam dianggap paling berprestij, dan hanya hitam boleh dipakai pada akad nikah jenis shinto.[16] Furisode berwarna lain sebagai warna asas disyorkan untuk dipakai pada majlis perkahwinan. Dikatakan bahawa warna kelabu dan ungu tidak digunakan sebagai warna asas kerana ia warna yang membawa malang.
Pada asasnya, labuh diperbuat dengan kapas[14] dan obi yang ditenun dipadankan dengan kimono yang dicelup.[13] Untuk digunakan sebagai ohikizuri, furisode biasa kadang-kadang perlu diubah suai dengan diisi dengan kapas.[14] Di samping itu, pada akad nikah jenis shinto adalah dianggap rasmi untuk memakai tsunokakushi (tsuno 'tanduk', kakushi 'menutup') di kepala.[16]
Pada abad ke-21, furisode telah menjadi popular sebagai gaun pengantin Jepun kelas tinggi yang sedikit kurang berprestij berbanding shiromuku dan irouchikake dan sebagainya. Selain gaya tradisional seperti memakai tsunokakushi, memakai furisode dengan gaya rambut barat dan hiasan kepala telah dicadangkan dan menjadi popular.[13][16]
Sanju furisode (Sudah 30 tahun, tetapi masih memakai furisode)
Wanita tua memakai pakaian dan solek yang tidak sesuai untuk usianya. Simpulan bahasa ini digunakan untuk mengejek geisya yang tua kerana mereka kecenderungan cuba kelihatan muda dengan memakai pakaian dan solek orang muda.