Gadis Cuaca

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search


Gadis Cuaca
Weathering with You Movie (Wordmark)Logo.png
Bahasa Jepun天気の子
HepburnTenki no Ko
TerjemahanAnak Cuaca
PengarahMakoto Shinkai
PenerbitGenki Kawamura
PenulisMakoto Shinkai
Dibintangi oleh
  • Kotaro Daigo
  • Nana Mori
Muzik olehRadwimps
SinematografiRyôsuke Tsuda
Disunting olehMakoto Shinkai
Syarikat
penerbitan
PengedarToho
Mula ditayangkan
19 Julai 2019 (2019-07-19)(Jepun)
Tempoh tayangan
112 minit
NegaraJepun
Bahasabahasa Jepun
Pecah panggung
  • ¥13.74 bilion (Jepun)[1]
  • AS$136.7 juta (seluruh dunia)[a]

Gadis Cuaca[8] (bahasa Jepun: 天気の子, Romaji: Tenki no Ko) atau dalam (Terjemahan: Anak Cuaca) ialah sebuah filem animasi Jepun bergenre fantasi romantik yang ditulis dan diarahkan oleh Makoto Shinkai. Latar belakang filem ini ialah Jepun ketika musim tengkujuh yang melampau sambil mengisahkan seorang pelajar sekolah menengah tinggi yang melarikan diri ke Tokyo lalu berkawan dengan seorang gadis yatim yang tampak seakan-akan mampu mengawal cuaca. Filem ini dihasilkan oleh CoMix Wave Films, Genki Kawamura dan Story Inc.. Muzik yang digunakan dalam filem pula digubah oleh Radwimps.

Gadis Cuaca mula ditayangkan di Jepun pada 19 Julai 2019. Sebuah padanan filem tersebut dalam bentuk novel juga telah diterbitkan sehari sebelum penayangan filem tersebut. Novel itu dikarang oleh Shinkai dan merupakan antara karya asalnya. Padanan manga juga telah diterbitkan dalam majalah Afternoon terbitan Kodansha bermula 25 Julai tahun yang sama. Manga yang diilustrasikan oleh Kubota Watari ini telah dimasukkan dalam pencalonan anugerah Filem Cetera Antarabangsa Terbaik di Anugerah Akademi ke-92.[9]

Watak[sunting | sunting sumber]

Hodaka Morishima (森嶋帆高, Morishima Hodaka)
Disuarakan oleh: Kotaro Daigo
Seorang pelajar sekolah menengah tinggi yang meninggalkan pulau terpencilnya dan berkelana ke Tokyo, tetapi dia kehabisan duit dengan pantas. Dia hidup berseorangan, sebelum akhirnya berhasil mendapatkan pekerjaan sebagai seorang penulis untuk majalah bertemakan misteri.
Hina Amano (天野陽菜, Amano Hina)
Disuarakan oleh: Nana Mori
Seorang gadis yang ceria dan tinggal bersama adik lelakinya. Dia mempunyai kemampuan khas: kekuatan untuk menghentikan hujan dan menerangkan langit.
Keisuke Suga (須賀圭介, Suga Keisuke)[10]
Disuarakan oleh: Shun Oguri
Seorang pengarang yang bekerja di syarikat yang sama dengan Hodaka.
Natsumi (夏美, Natsumi)
Disuarakan oleh: Tsubasa Honda
Seorang mahasiswi yang bekerja di syarikat yang sama dengan Hodaka dan Keisuke.
Tomi (冨美, Tomi)
Disuarakan oleh: Chieko Baisho
Seorang wanita tua yang dikunjungi oleh Hodaka.
Nagisa Amano (天野凪, Amano Nagisa)
Disuarakan oleh: Sakura Kiryū (jp)
Adik lelaki Hina.
Yasui (安井, Yasui)
Disuarakan oleh: Sei Hiraizumi
Seorang detektif tua dan pesara.
Takai (高井, Takai)
Disuarakan oleh: Yūki Kaji
Seorang detektif yang bekerjasama dengan Yasui hingga bersara dan masih berkhidmat sebagai detektif.
Ayane (アヤネ, Ayane)
Disuarakan oleh: Ayane Sakura
Kana (カナ)
Disuarakan oleh: Kana Hanazawa

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Gadis Cuaca
    • Jepun, Hong Kong, Vietnam, Australia, New Zealand  – AS$129,853,779[2]
    • Taiwan  – $5,160,000[3]
    • Malaysia  – $937,934[4]
    • Thailand  – $760,000[5]
    • Singapura  – $755,000[6]
    • India  – $169,396[7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "歴代ランキング - CINEMAランキング通信". www.kogyotsushin.com. Dicapai 2019-10-06. 
  2. ^ "Weathering with You (2019)". www.boxofficemojo.com. Dicapai 2019-09-27. 
  3. ^ "台北週末◆票房收入:2019年 第 41 週10-11~10-13-台灣偶像劇場". tw.dorama.info. Dicapai 2019-10-18. 
  4. ^ "Weathering with You crosses the S$1 million mark in Singapore" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai 2019-10-31. 
  5. ^ "อันดับหนังทำเงินสูงสุดในไทย รายได้ประจำสัปดาห์ 16 กันยายน 2562 – Thailand Box Office And Entertainment" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai 2019-09-27. 
  6. ^ hermes (2019-10-04). "Weathering With You is top anime film in Singapore". The Straits Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai 2019-10-18. 
  7. ^ Vkaao [vkaao] (26 Oktober 2019). "Thank you for an overwhelming response. You Otakus proved that India is the next destination for Anime! #WeatheringWithYou #LetsVkaao" (Tweet) – melalui Twitter. 
  8. ^ Gadis Cuacu di Kinokuniya Malaysia oleh Gempak Starz Kadokawa Dicapai 8 November. 2019
  9. ^ Blair, Gavin (25 Ogos 2019). "Oscars: Japan Picks 'Weathering With You' for International Feature Film Category". The Hollywood Reporter (dalam bahasa Inggeris). Dicapai 26 Ogos 2019. 
  10. ^ "『天気の子』17日間で動員433万人突破!特別映像が公開". シネマトゥデイ (dalam bahasa Jepun). 5 Ogos 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Ogos 2019. Dicapai 17 Ogos 2019. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]