Galaksi kerdil

Galaksi kerdil (bahasa Inggeris: Dwarf galaxy) ialah galaksi kecil yang hanya memiliki ribuan ke beberapa bilion buah bintang berbanding dengan 200–400 bilion buah bintang dalam Bima Sakti.[2] Pembentukan dan aktiviti-aktiviti galaksi kerdil dikatakan dipengaruhi oleh interaksi dengan galaksi-galaksi lebih besar. Para ahli astronomi mengelaskan berbagai-bagai jenis galaksi kerdil berdasarkan bentuk dan komposisi galaksi.
Pembentukan
[sunting | sunting sumber]Satu teori menyatakan bahawa kebanyakan galaksi, termasuk galaksi kerdil, terbentuk bersekutu dengan jirim gelap,[3] atau daripada gas yang mengandungi logam. Walau bagaimanapun, kuar angkasa lepas Galaxy Evolution Explorer NASA mengenal pasti galaksi kerdil baharu yang terbentuk daripada gas dengan kelogaman yang rendah. Galaksi-galaksi ini terletak di Lingkaran Leo, awan hidrogen dan helium di sekeliling dua galaksi besar dalam buruj Leo.[4][5]
Disebabkan saiznya yang kecil, galaksi kerdil telah diperhatikan ditarik ke arah dan dikoyakkan oleh galaksi lingkaran bersebelahan, mengakibatkan aliran bintang dan akhirnya penggabungan galaksi.[6]
Jenis
[sunting | sunting sumber]Galaksi kerdil adalah terbahagi kepada kumpulan-kumpulan bentuk berikut:
- Galaksi elips kerdil
- Galaksi sferoid kerdil
- Galaksi tak nalar kerdil
- Galaksi pilin kerdil[7]
- Galaksi pilin Magellan kerdil
- Galaksi kerdil padat biru
- Galaksi kerdil ultrapadat
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ "True blue" (dalam bahasa Inggeris). ESA/Hubble. 15 Jun 2015. Dicapai pada 2015-06-15.
- ↑ Lisker, Thorsten (14 Mei 2010). "Die Welt der Zwerggalaxien". Spektrum der Wissenschaft (dalam bahasa Jerman).
- ↑ O'Callaghan, Jonathan (22 May 2024). "Astronomers find long-missing dwarf galaxies—too many of them". Science. 384 (6698): 836. doi:10.1126/science.z6r95kt.
- ↑ "New Recipe For Dwarf Galaxies: Start With Leftover Gas". Science Daily. 19 February 2009. Dicapai pada 2015-07-29.
- ↑ "An irregular island". www.spacetelescope.org. Dicapai pada 25 August 2016.
- ↑ Jaggard, V. (9 September 2010). "Pictures: New Proof Spiral Galaxies Eat, Digest Dwarfs". National Geographic Society. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 September 2010. Dicapai pada 2012-02-11.
- ↑ Schombert, J. M.; Pildis, R. A.; Eder, J. A.; Oelmer, A., Jr. (1995). "Dwarf Spirals". The Astronomical Journal. 110: 2067–2074. Bibcode:1995AJ....110.2067S. doi:10.1086/117669.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]
Media berkaitan Galaksi kerdil di Wikimedia Commons