Galeri Seni Johor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Johor Art Gallery
Galeri Seni Johor
Map

Galeri Seni Johor (The Johor Art Gallery) merupakan sebuah galeri seni yang terletak di Johor Bahru, Johor, Malaysia..

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Bangunan galeri seni ini telah dibina pada tahun 1910 dan pada masa itu ia digunakan sebagai pangkalan Tentera Imperial Jepun semasa penjajahan Jepun di Tanah Melayu. Selepas itu, bangunan ini menjadi kediaman rasmi Menteri Besar Johor, Abdullah Jaafar. Kerajaan Negeri Johor kemudian memutuskan untuk memulihara bangunan tersebut dan mengubahnya menjadi sebuah galeri seni. Galeri Seni Johor secara rasmi dibuka pada 29 Januari 1994 oleh Menteri Besar Muhyiddin Yassin. Pada tahun 2000 hingga 2003, galeri ini ditutup untuk kerja-kerja pengubahsuaian dan dibuka semula pada 6 Mei 2003 oleh Ketua Menteri Abdul Ghani Othman. . [1]

Seni bina[sunting | sunting sumber]

Galeri seni ialah sebuah bangunan 2 tingkat yang terletak di atas bukit kecil hijau. [2]

Pameran[sunting | sunting sumber]

Setelah dibuka pada tahun 1994, galeri ini telah memaparkan artifak-artifak sejarah yang berkaitan dengan seni dan budaya Johor. Setelah dibuka semula pada tahun 2003, galeri ini telah menjadi pusat seni dan budaya yang penting. Kawasan pameran di galeri ini dibahagikan kepada kawasan pameran tetap dan sementara. Selain pameran sementara, galeri seni ini juga sering mengadakan pelbagai pertandingan seni dan budaya.. [3]

Waktu buka[sunting | sunting sumber]

Bangunan itu kini ditutup dan kelihatan terbiar. [4]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

  • Senarai tarikan pelancong di Johor
  1. ^ VM Team (5 August 2013). "Johor Art Gallery (Galeri Seni Johor)". Virtual Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 August 2015. Dicapai pada 19 February 2016.
  2. ^ "Johor Bahru Museums and Art Galleries".
  3. ^ "Galeri Seni Johor". Tourism Johor. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-02-18. Dicapai pada 2016-02-19.
  4. ^ "Galeri Seni Johor suram?". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-02-25. Dicapai pada 2016-02-19.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

1°27′59.7″N 103°44′50.8″E / 1.466583°N 103.747444°E / 1.466583; 103.747444