Garpu tala

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Sebatang garpu tala

Garpu tala merupakan sejenis alat yang berbentuk seperti garpu bergigi dua (atau berbentuk huruf y) dan beresonansi pada frekuensi tertentu apabila dihentakkan pada suatu benda. Garpu ini hanya bergetar pada satu frekuensi, tamsilnya nada a' dengan frekuensi 440 Hertz. Disebabkan frekuensi ini tetap, garfu tala biasanya digunakan untuk menala alat muzik lain, seperti gitar dan piano. Garfu tala dapat memuai jika panas dan menyusut jika sejuk sehingga mempengaruhi frekuensi yang dihasilkan tidak tandar lagi. Pada garfu tala yang berkualiti baik tidak akan mudah menyusut atau memuai sehingga frekuensi yang dihasilkan tetap piawai.