Gasing leper Kelantan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Gasing leper Kelantan.

Gasing leper Kelantan merupakan sejenis gasing yang sering dimainkan di Kelantan.[1] Ia biasanya dimainkan menurut lama tempoh ia berputar.

Gasing leper kelantan merupakan sejenis gasing yang berbentuk rendah seperti piring dengan berat sekitar 8 kg. Ia mempunyai lilitan sekitar 48 cm dengan ketinggian sekitar 6 cm. Jenis ini hanya terdapat di Kelantan dan dimainkan oleh segelintir pemain tradisional. Gasing ini disimpai berat dan itulah sebabnya ia mampu berpusing ligat dan lama. Simpaian gasing ini meliputi 60% berat asal gasing ini. Sehingga kini ia masih dimainkan dan banyak terdapat dalam pasaran, tetapi harganya agak mahal.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • ^ Jenis-jenis dan bentuk-bentuk Gasing