Genealogi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Genealogi (bahasa Yunani: γενεά, genea, "keturunan" dan λόγος, logos, "pengetahuan") merupakan sebuah kajian salasilah atau pendidikan susur galur tentang keluarga dan penelusuran jalur keturunan serta sejarahnya. Ahli genealogi menggunakan berita dari mulut ke mulut, catatan sejarah, analisis genetik, serta rakaman lain untuk mendapatkan maklumat mengenai sesebuah keluarga dan menunjukkan kekerabatan dan salasilah dari anggota-anggotanya. Hasilnya sering ditampilkan dalam bentuk bagan (disebut bagan salasilah) atau ditulis dalam bentuk narasi.

Beberapa ahli membezakan antara genealogi dan sejarah keluarga dan membatasi genealogi hanya pada hubungan perkerabatan, sedangkan "sejarah keluarga" merujuk pada penyediaan mendalam tambahan mengenai kehidupan dan konteks sejarah keluarga tersebut. Templat:Masyarakat-stub