Geng Bas Sekolah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Geng Bas Sekolah
Formatdrama
Ditulis olehNoor Khairil Huda
Dibintangi oleh
Alif Jefri (musim 1-2)
Wan Farah (musim 1-2)
Athan Lee (musim 1-2)
Shahrizad (musim 1-2)
Luv'an-ya Rowland (musim 1-2)
Negara asal Malaysia
BahasaBahasa Malaysia
Bilangan musim5
Penerbitan
PenerbitNg Ken Kin
Tempoh siaran60 minit
Penyiaran
Saluran asalAstro Ceria

Episod menarik

Episod 3 : Ninja atau Perompak

Chua tertarik dengan seni mempertahakan diri Ninja sehingga seorang lelaki menipu Lee supaya dapat membantunya untuk merompak sebuah rumah orang kaya.

Chua tidak sedar akan kesilapannya dan telah diberi amaran oleh geng bas sekolah yang lain bahawa lelaki yang Chua jadikan sebagai idola Ninja itu seorang penipu dan jahat.Pada petang yang sama , Chua mengikut lelaki tersebut ke sebuah rumah banglo dimana lelaki tersebut memberitahu Lee bahawa mereka akan berlatih di sana.

Selepas masuk ke dalam rumah tersebut , lelaki itu menyuruh Chua untuk tunggu di luar sebentar dan selepas 10 minit lelaki itu menyuruh Chua untuk masuk dan Chua ternampak seorang wanita dan budak lelaki telah diikat dan mulut ditampal pita pelekat. Seorang ibu dan seorang budak lelaki berumur 12 tahun telah diikat dan mulut mereka ditampal dengan pita pelekat dan mereka bergelut untuk melepaskan diri sementara itu lelaki tersebut sedang memasukkan barang emas dan duit ke dalam beg.

Chua sangat terkejut dan kepercayaannya musnah apabila mendapati idola Ninja nya seorang pencuri , lelaki tersebut nampak Chua sedang berlari untuk meminta bantuan tetapi lelaki tersebut berjaya menangkap Chua dan membawanya ke tingkat atas. Geng Bas Sekolah yang lain berasa risau akan Chua kerana dia tidak muncul-muncul pada petang itu jadi dengan bantuan polis mereka mencari Chua dan menemuinya di rumah banglo tersebut.

Sementara itu di rumah banglo tersebut , Chua telah pun diikat dan mulutnya ditampal pita pelekat juga mukannya diconteng dengan perkataan lucu dan negatif seperti " DIAM " , " LEMBAB " , " BUSUK " dan contengan lain. Lelaki itu kerap berpaling pada Chua supaya diam sementara lelaki tersebut hampir selesai memasukkan barang berharga ke dalam beg , Chua pandang ke arah pintu dan ternampak Geng Bas sekolah sudah berada di depan pintu dan mereka menyuruh Chua untuk diam.

Geng Bas Sekolah yang lain terus mernekam lelaki tersebut Dan membawanya ke pegawai polis yang berada di bawah. Chua meminta maaf pada wanita dan budak lelaki tersebut atas kejadian yang berlaku dan mereka memaafkan Chua kerana wanita dan budak lelaki tersebut tahu Chua telah ditipu dan dipergunakan.Chua juga meminta maaf pada ahli Geng Bas Sekolah yang lain kerana tidak mempercayai mereka dan mereka semua ketawa dan pulang ke rumah masing-masing dengan bas sekolah.