Gerhana Assyria

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
BurSagaleBC762-06-15.gif

Gerhana Assyria, juga dikenali sebagai gerhana Bur-Sagale, ialah gerhana matahari yang dirakamkan dalam senarai eponim Assyria, kemungkinan bertarikh tahun kesembilan pemerintahan raja Ashur-dan III. Gerhana tersebut dikenal pasti dengan gerhana yang berlaku pada 15 Jun 763SM (kalendar Julian prolepsis).

Masukan tersebut pendek dan berbunyi:

"[tahun] Bur-Sagale dari Guzana. Berontak di bandar Assur. Pada bulan Simanu gerhana matahari berlaku."

Frasa yang digunakan — shamash ("matahari") akallu ("bengkok", "terbelit", "herot", "putar belit", "terlindung") — telah ditafsirkan sebagai rujukan kepada gerhana matahari sejak petafsiran tulisan baji pertama pada pertengahan abad ke-19. Nama Bur-Sagale (juga dialihbahasakan Bur-Saggile, Pur-Sagale atau Par-Sagale) ialah nama rasmi limmu dalam tahun eponim.

Pada tahun 1867, Henry Rawlinson telah mengenal pasti gerhana hampir penuh pada 15 Jun 763SM sebaga calon barang kali (bulan Simanu sepadan dengan bulan qamari Mei/Jun),[1] kelihatan di utara Assyria hanya sebelum tengah harin. Tarikh ini telah diterima ramai sejak itu; pengecaman itu juga disahkan oleh pencerapan falak yang lain dari tempoh yang sama.[2]

Rekod ini merupakan satu bahagian bukti penting membekalkan kronologi Timur Dekat Kuno yang mutlak bagi zaman Assyria.


Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Rawlinson, Henry Creswicke, "The Assyrian Canon Verified by the Record of a Solar Eclipse, B.C. 763", The Athenaeum: Journal of Literature, Science and the Fine Arts, nr. 2064, 660-661 [18 May 1867].[1]
  2. ^ Hermann Hunger, "Zur Datierung der neuassyrischen Eponymenliste," Altorientalische Forschungen, Vol. 35:2, 2008, pp. 323-325. An English translation is available on the web: [2]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Solar eclipses Koordinat: 35°27′N 43°16′E / 35.450°N 43.267°E / 35.450; 43.267